Follow Us @soratemplates

Tuesday, 23 February 2016

Gerak Khas Musim Baharu Mula Siar Bulan Depan


KUALA LUMPUR – Drama bersiri bercorak kepolisan popular yang sudah disiarkan oleh RTM sejak 1999, Gerak Khas akan memulakan siaran untuk musim baharu pada 4 Mac ini.

Drama penyiasatan terbitan syarikat terkenal Skop Production itu, yang menampilkan 26 episod untuk musim 2016 ini akan disiarkan pada setiap Jumaat, pukul 9 malam di stesen TV2.

Pengarah Urusan Skop Production, Datuk Yusof Haslam berkata drama bersiaran lebih 15 tahun itu menampilkan barisan pelakon baharu termasuk Fattah Amin dan Raja Ilya bagi memberi nafas segar musim ini.

“Enam pengarah berbeza yang turut serta dalam penggambaran untuk musim kali ini iaitu saya sendiri, Syamsul Yusof, Aziz M. Osman, Faizal Yusof, C. Kumaresan dan Majed Salleh.

“Ia akan memberi pelbagai sentuhan dalam setiap episod,” kata Yusof pada majlis pelancaran dan sidang media Gerak Khas 2016 di Pawagam Mini P. Ramlee Finas, di sini Khamis.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari. Turut hadir ialah Pengerusi Finas, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib.

Sementara itu, ketika berucap, Jailani berkata Gerak Khas juga mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satunya drama tempatan yang mampu bertahan dalam tempoh lebih sedekad.
Pelakon Gerak Khas 2016 (dari kiri) Zek Zamri, Latisha Shamsir, C. Kumaresan, Salina Saibi, Syamsul Yusof, Fattah Amin, Raja Ramilah Raja Mohamad dan Saiful Nizen Ayob pada Majlis Pelancaran Gerak Khas 2016 di Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS.


Beliau berkata kementerian mengharapkan supaya lebih banyak isu dan ancaman dihadapi pada masa kini yang dibawa oleh media baharu, dapat ditonjolkan dalam drama seperti Gerak Khas.

“Saya turut menyeru kepada semua penerbit tempatan agar tidak mengabaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat tanah air. Berilah makna kepada usaha yang dibuat itu.

“Hasilkanlah rancangan yang bukan sahaja mempunyai nilai komersial, tetapi mempunyai nilai kepada kehidupan dan memberi pengajaran kepada penonton,” katanya. sumber

___________________________________________


I like Gerak Khas very much! Ni lah satunya cerita yang buat aku rasa berkobar nak jadi polis kecik-kecik dulu. Sebab? Gua nak jadik Inspektor Liza kengkononnya sbb Abby Abadi masa berlakon dulu tu peh berkarisma gila tengok dia pakai uniform polis. Kehkehh.
Lepas ni boleh laa layan gerak khas musim baru ok!




6 comments:

  1. hahah...lama dah tak tengok drama ni...dulu meletop-letop...yang paling best waktu zaman Ac mizal dan abby abadi...tapi tu semua dah tinggal kenanagan...hihihi

    ReplyDelete
  2. makin best pulak bila ada pelakon baru. dari kecik tengok cite ni

    ReplyDelete
  3. awat dlm gambar tu ade cam insp pompuan yg gedik ... hahahaha

    dulu minat skrg ni lama dah tk tgk

    ReplyDelete
  4. One of my fav cerita jugakk. Suka tgok Abby Abadi berlakon awal awal dulu.. :)

    ReplyDelete
  5. fattah amin? huhuhuuuhuh
    nafas baru pun okay...tapi lagi minat tengok lakonan orang lama....
    dah lama tak layan gerak khas rasanya..huhhuhu

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.