Apa watermark tu? Penting ke?

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Mungkin ramai serba tahu watermark tu apa. Tapi ada jugak taktau watermark ni apa dan untuk apa sbb for sure dalam buku teks sekolah mana laa ada ajar kita kepentingan watermark. Aku pun masa awal-awal berblog pun taktau jugak watermark ni apa benda. Air baling kat muka ke? HAHAHA. *tak kelaka*

Watermark adalah sebuah tanda yang kita buat manual pada sebuah gambar maupun video. Watermark ini digunakan untuk melindungi gambar kita dari orang yang sembarangan mengambil sampai mengakui bahwa itu adalah gambar miliknya.

Info di atas aku google. Nak kasitau uols. Sbb kalau guna ayat aku nanti takut kalian kena baca dua kali untuk memahaminya hehehe. Penting ke watermark ni? Bagi aku penting. Lagi2 bila korang upload gambar peribadi. Zaman sekarang ni bila orang google je, berlambak keluar gambar kat google images tu. Kalau korang tak letak watermark, orang boleh ambikmacam tu je. Kalau untuk tujuan baik takpe lah kan. Kalau dia guna untuk tujuan tak baik. Haaa cemana tuu. Korang jugak susah nanti.

Kat bawah ni watermark aku. Sebab rajin sikit maka buatlah siap bebunga cinta dan tepek muka sendiri.

Ni pun watermark jugak. Cuma dia simple dan sangat mudah dan biasa kalau dah malas sangat dulu dulu aku selalu buat gini. Taip je bajuwarnacoklat then tepek kat gambo. Sbb malas nak upload dan bukak hard disk sbb gambar watermark kat dlm tuu HAHAHAA. But still,its a watermark cuma ada sedikit kemalasan terselit di situ.

Meh aku kasi contoh sikit kepentingan watermark ni.
...............................................
Situasi 1:
Ini gambar bunga yang boypren Jemah bagi. Bunga ni mahal giler harga lapan ribu. Jemah upload kat blog dia tapi dia tak letak watermark kat gambar ni. Jemah tahu ramai jeles. Esoknya, Bedah, musuh ketat Jemah pun upload gambar yang sama dan cakap yang boypren dia pun bagi bunga ni kat dia. Jemah tahu Bedah tipu. Sebab Bedah mana laa ada boypren. Tapi semua orang percaya cakap Bedah dan menyamakan Bedah dan Jemah. Kini semua orang boleh guna gambar Jemah dan mengaku boypren mereka belikan mereka bunga lapan ribu.

Situation2:
Eton pergi melancong ke luar negara. Dia naik sampan pergi sungai. Dia masukkan gambar dalam facebook. Dia tak letak watermark. Lepas tu ramai online seller yang jual sampan guna gambar Eton untuk mengaut keuntungan tanpa minta izin dari Eton. Eton tahu itu gambar dia sbb sampan tu Eton buat sendiri. Kini gambar Eton ramai orang jual sampan guna kat internet.

..................................................

Korang nampak contoh situation tu? Lebih kurang gitu laa. Tapi kadang ada jugak aku upload gambar tak letak watermark. Sebab aku tak rasa pun orang nak curi gambar tu dan kalau diaorg nak cilok pun nak buat apa je? Aku bukan nora danish pun. Kahkahh. Tapi korang kena tahu,kadang gambar yg diupload bersepah ni orang guna untuk tujuan yang tak baik. Faham faham sendiri laa ya. Lagi2 kalau uols suka upload gambar nampak sana nampak sini tak tutup tu tak tutup ni. Dengan kuasa mengedit zaman sekarang ni,macam macam benda boleh jadi.

Kalau korang tanya aku, patut ke tak korang letak watermark, aku rasa untuk gambar peribadi patut kutt. Kalau setakat gambar tin biskut takyah pun takpe rasanya HAHAHAA. Tapi aku suka letak jugak. Sbb secara tak langsung orang tahu gambar tu datangnya dari blog aku. Mana tahu boleh tingkatkan pageview ke kan? Ecehcehh hehe

Good night!


16 comments:

  1. kesian eton ngan jemah..hehe..penting kan ade watermark kalau tak gmbr kena cilok mcm tuh jer..

    ReplyDelete
  2. hehehehe..Saya ada je watermark tp mls doh nak letak..wkwkwkw

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. guna gunaa.. nnty takut gambar kene cilokk huhu

      Delete
  3. betul T_T
    qila malas gilaaaaaa idk why hahahaha. sbb automatically kena mcm letak dkt semua pastu nk save lagi alaahai hahahahahah

    ReplyDelete
  4. kalau gambar sendiri memang sy akan letak watermark tapi kalau yg sy google je xpayah letak...

    ReplyDelete
  5. serius baca situation tu pun dh kelakar. sian jemah, lagi lagi eton tu. hmm

    ReplyDelete
  6. Ikut mood kalau nak letak watermark ni.. tapi lagi banyak malas daripada rajin..hehe

    ReplyDelete
  7. pergh..teiba rasa nak buat watermark sendiri...tapi mood tu selalu terbantut..dan akhirnya hanya ada tulisan sahaja...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat bagi cecomel taww. Kite pon leyh buatknnnnn hee.

      Delete
  8. salam akak pon malas nak letak heheehhe tapi memamng penting kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kdg kalau mood mls edit kan kakk jdi mls nak update entry huhu

      Delete
  9. Siqah takde watermark.. Terfikir juga situasi yang ada di atas, tapi malas mengatasi segalanya.. Huhu. Lagipun ikut cakap awak lah, siqah pun bukan nora danish. Hihihi

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.