Follow Us @soratemplates

Thursday, 21 January 2016

Puding Karamel First Try! | Resepi

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Entry ini dibuat sebab ada kawan-kawan saya bertanya tentang resepi puding karamel ni sebab tadi aku gedik post dekat wechat dgn instagram. Ni pertama kali aku cuba sebenarnya. Yaa I admit it resepi ni gampang je bahan dia pun bahan senang nak jumpa kat dapor. Tapi malangnya dapur rumah aku takde susu cair utk buat puding karamel ni. Jadi aku asyik postpone je nak membuatnya. Terima kasih Gedik pusing pasaraya TF carikkan susu cair untuk i wink winkkk


Maka inilah rupa puding karamel hasil tangan aku berpungpang di dapur tadi. Untuk karamel tu aku mmg taknak buat cekelat sangat. Aku nak kaler dia light brown gitewww. Taknak kaler coklat gelap sbb aku rasa tak lawa. Hahaha. Tapi ikut uols laa yee. Punah sikit tang tepi tu sbb aku rakus keluarkan pakai pisau.


Tadaaaaa! Ni lepas dipotong. Alhamdullilah puding ni tak bertompok bulat bulat kat tepi dan tekstur dia pun cantik. Sebenarnya aku takut jee tekstur dia buruk sbb bila aku google ada yang tepi dia mcm bertompok. Rasa tu mmg laa sedap je. Tapi rupa dia tak menarik. Rasa puding aku? Okay laa sedap laa jugak cuma aku tak boleh move on sbb dia manis. Plus, aku ni sebenarnya mmg tak makan sangat kuih yg rasa telur dia kuat [mcm puding karamel ni haa laaa] tapi dah diri sendiri buat so ngap jelaaa. Contoh mcm kuih kaswi. Mmg laa sedap tapi aku tak makan sangat bila dihidangkan depan mata sbb kuat rasa telur dia hehehe,

gambar dari google

Serious talk buat gedik gedik saja nak makan sekali sekala boleh laa puding karamel ni. Utk buat selalu yaa enggak dong siapa mauuu makan rasa telur gini gue enggak bisa sih. Hahaha. Mungkin kena kurangkan sikit telur kot utk individu yg tak suka rasa telur mcm aku ni. Tp sbb aku buat ikut resepi. 5biji telur aku guna. Fuhhh

............................................................

So. Ni resepi PUDING KARAMEL ni.

-1 cawan gula
-1/2 cawan air [untuk karamel]
-1 cawan air [untuk adunan puding]
-5 biji telur
-1 tin susu cair [guna susu segar pun boleh tapi aku guna susu cair]
-3 sudu besar gula
-Esen vanilla [dalam satu sudu teh]

Cara-caranya:
1. Tuang gula dalam kuali/periuk dan hanguskan ia dgn api sederhana. Aku prefer masukkan terus air sekali masa lepas tuang gula tu. So lepas tuang gula, tuang air 1/2 cawan. Aku guna cawan yang sama. Senang nak sukat. Lepastu kacau. Kalau berketul ke sebab korang lambat bertindak, just kacau je sebab nanti dia cair. Be careful dengan api. Takmo api kuat sbb nanti dia cepat hangus. Kalau agak2 dah keperangan tu kira okay laa tu. Jangan kaler coklat gelap beno karang pahit puding uols.
2. Bila korang rasa karamel tu dah okay, dah keperangan tapi tak gelap sangat, padamkan api.
3. Tuang gula tu dalam bekas yang korang nak buat puding ni. Macam aku, aku pakai loyang saiz kecik tu. Kalau korang nak buat dalam bekas kecik2 banyak2 pun boleh. Masukkan sikit sikit dalam bekas-bekas tu bergantung pada saiz bekas kalau kecik letak sikit jaaa. Aku letak tak sampai 1cm pun. So dah letak dalam bekas tu, korang ketepikan. Dia akan mengeras so biar jee dia jangan kacau.

4.Pecahkan 5 biji telur [dlm bekas berasingan]. Jangan pukul over sangat yee. Aku pukul perlahan jee mcm aku selalu pukul telur masa nak buat telur dadar. Asalkan telur kuning pecah sebati tu kira okay. Sbb kita taknak dia kembang sangat. Kalau uols pakai mixer, jangan lama lama. Dalam 10 saat jee pun dah okay. Lepastu, letak tepi telur tu.
5.Dalam bekas lain, panaskan 1 tin susu cair dgn api sederhana. Masukkan 3 sudu besar gula dn 1 cawan air ke dalam susu cair yang dipanaskan tu. Ingat. Jangan sampai mendidih tau. Kita nak yang suam-suam jee sampai gula dah sebati dah hancur tu dah okay jgn sampai dia menggelegak. Sbb tu korang kena guna api sederhana jgn kuat sangat api. Kacau untuk larutkan gula tadi dan dah siap, padamkan api.

6. Selepas itu, tuangkan susu cair yg korang panaskan dengan gula tadi kedalam bekas yg berisi telur yg dah dipukul sebati tadi. Kacau sebati. Masukkan sedikit esen vanilla.
7. Tapiskan aduan tersebut. *ini penting sbb nnti tekstur jadi tak cantik kalau tak ditapis*
8. Tuangkan aduan yg dah ditapis tu ke dalam gula yg mula-mula korang buat tadi. Korang akan perasan gula tu dah jadi keras. Hihii.

9. Korang boleh kukus atau pakai oven. Aku pakai oven, 170c, 45minit. Tapi dalam oven tu sila gunakan kaedah water bath. Mcm dalam gambar bawah ni. Letak dalam satu loyang lebih besar berisi air. Kalau korang rasa belum masak, sila tambah masa sikit. Macam mana nak tahu dah masuk ke belom? Ambik garfu cucuk. Kalau tak melekat dah okay laa tu. *mak aku ajar hehe*
Kalau takde oven pakai kukus atas api pun boleh. Terpulang. Guna kaedah water bath jugak k.

gambar dari google

Lepas dah siap, korang dah rasa dia dah masak, keluarkan dari oven. Then ambik pinggan leper, letak atas dia dan terbalikkan. Perlahan-lahan, keluarkan loyang/bekas puding yg korang gunakan. Tadaaaa! Korang akan nampak karamel tu melimpah ke tepi mcm dalam gambar aku atas sekali tuuu. Sebelum aku terbalikkan, aku ambik pisau korek bahagian tepi dia. Sbb aku takut dia taknak keluar lepas aku terbalikkan. *sbb tu buruk tepi dia sobb sob*

Kalau nak makan panas-panas pun boleh. Tapi lagi sedap uols letak dalam peti ais dan makan sejuk-sejuk. Tapi jgn terus letak dalam peti ais masa panas-panas tu. Rosak peti ais kauu nanti. Hahahaha

Mesti ramai orang dah cuba puding karamel ni. Hehek. Aku baru nak mencubanya. Maklumlah aku mmg jarang bertukang di dapur. Resepi dan bahan ni mudah sangat. Siapa yg belum cuba tuu, sila mencuba yaaa!







19 comments:

  1. ya allah sedapnyaaaaaaaaa rrai ni saje je yeeeee hahahaha

    ReplyDelete
  2. @Aqilah AzmiHahahaa saje nak bagi Qilah tengokkkk hikssss

    ReplyDelete
  3. thanks for the recipe! teringin nak cuba XD

    ReplyDelete
  4. Sedapp ni. Jie pernah buat sendiri then makan sendiri hehehe. Pudding ni ramai x suka sbb kdg rasa telur tu melampau sgt, boleh loya tekak,kan?

    ReplyDelete
  5. Pasaraya TF ? Rai duduk jalan salleh ke ? Sekampung ke ni haha

    ReplyDelete
  6. mak & ibu mertua saya suka sangat makan pudding ni tapi saya dah jarang buat sebab nak bagi dieorang kurang makan benda manis!!!risau tengok bila dieorang dapat makan pudding ni

    ReplyDelete
  7. first try pon dah nmpak sedap dah. berbakatlah

    ReplyDelete
  8. sedap ni puding karamel tapi kalau tak nak manis gelapkan lagi karamel dia tu :)

    ReplyDelete
  9. Cun melecun puding caramel awak. Bila la ada masa na try emhh

    ReplyDelete
  10. @Zizie ZainalPasaraya Tf baru bukak kat Muar tu kan? Sy tak duduk area sana pun hehehe. Sy duduk Lenga.

    ReplyDelete
  11. @Munirah Mustafarpuding ni mmg manis.. mak sy pun tak makan sgt hikhikk

    ReplyDelete
  12. @Farhana Zukrioh yekee? wahhh tips baru ni hehee next time buat kite gelapkan sikit laa karamel dia..

    ReplyDelete
  13. salam , akak malas nak buat sebab adik adik tak mau makan cenggini

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.