Sunday, 3 January 2016

Poblingku dah sampai rumah #Review

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Yeayyyyy! Pobling dah selamat sampai. Jauh perjalanan dia datang sini jumpa aku. Dari Kedah ke Muar, Johor ni haa. Ambik masa 3 hari jugak laa kalau pos barang dari negeri jauh jauh dari sana. Pernah dulu ke Melaka dulu parcel aku jalan-jalan sebelum datang sini.

Mesti majoriti tahu Pobling tu apa kan? Yang buat cuci muka kasi bersih sebersih bersihnya. Ini bukanlah pobling original yaa. Kebanyakan pobling yang dijual harga bawah RM100 tu pun semua tak original [berdasarkan apa yang seller ni bagitau aku]. Ni pobling gred. Even pobling gred pun tapi selalu customer akan puas hati sebab hasilnya jugak memuaskan. [ini berdasarkan pembacaan dan pemerhatian yg aku lakukan terhadap penjualan pobling ni di Malaysia] Berdasarkan hasil search aku buat, ada pobling dari korea dan ada pobling dari china. Aku pun masih kompius pasal benda benda ni. Apa yang aku tahu. Mmg ramai seller yang kelentong pungpang kata pobling ori padahal tak ori pun tu hahahaha. Pepandai laa kau search dulu sebelum membeli tu yee kakak abang. Berdasarkan pembacaan dan carian yg aku lakukan, banyak perbezaan antara pobling ori dan tak ori ni. Kalian boleh baca kat SINI. Dan apa yang diberitahu kepada aku oleh seller ni, harga pobling original biasa atas RM100 yee kawan kawanku tersayang sekalian.

Ni haa pobling aku beli:


Dekat sikit.


Lagi dekat. You can call her Ahjumma Po hahaha


Yg kat bahagian biru tu part bateri dia. Siap dgn tempat alas kaki [betul ke gua ni alas kaki?] dan kepala dia boleh cabut cabut. Tekan dan on vibrate maka boleh apply kat muka.

Cara aku guna: Basuh muka. Basahkan dulu brush tu. Dah basah2 tu letakkan pencuci muka kat atas brush. On dan sapu kat muka. Apply untuk seketika supaya buih keluar dengan banyak riang rianya.

Aku suka pakai lama-lama. Rasa best jee mukaa hehehe.


Ni kotak dia. Kemek dah pulak. Cis


Kenapa aku beli pobling ni? Sebab aku tergoda dan terkesan dgn gambar kat bawah ni:


And plus, aku sekarang dah tak amalkan serum toner krim malam siang tu semua. Aku pakai pencuci muka je semata. Jadi untuk meng-efficientkan pemakaian pencuci muka aku pun beli lah pobling. Heheh

Recommend or not? Yes!
Sebab ianya akan membuatkan kau rasa mukamu bagai difacial diurut gittew. Dan untuk yang jenis malas cuci muka, mungkin lepas guna pobling korang akan rasa rajin nak cuci muka. *macam aku ni hehe* Lepas pakai ni korang akan rasa lembut jee muka. Rasa mcm bersih gila. Hidung aku rasa licin jee pakai pobling ni.


Jom join segmen yang saya anjurkan. Klik SINI
Nak blogwalking dan skodeng blogger lain asal dari mana? Klik SINI
Nak tengok tak template denim saya edit? Klik SINI dan SINI
Watermark baru? Klik SINI
DIY kerusi atau sofa untuk jimatkan kos? Tengok SINI
Kotak Fieldset dengan icon comel-comel? SINI
Nama-nama bayi perempuan yang comel-comel dan bagus? Baca kat SINI
Fakta-fakta menarik dalam Islam? Baca SINI




6 comments:

  1. wah seronok lerr lps ni hehehe

    ReplyDelete
  2. first time dengar kewujudan benda alah ni, kalau dah berguna macam tu nampaknya seronokla diguna :) kasi bersih satu muka

    ReplyDelete
  3. apakah itu? huhuhhuhhu first time dengar dan tahu kewujudan benda ini...
    ^_^"

    ReplyDelete
  4. Macam berus gigi pakai bateri pun ada

    ReplyDelete
  5. waah~ tergoda jugak nak pakai.. tapi tak terbeli-beli lagi. hahaha

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.