Alhamdulillah. Siap Page Untuk Tempahan. Jemput Baca!


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Pertama sekali terima kasih sebab anda bukak blog saya dan berkunjung ke sini. Tinggalkan link blog anda untuk sy blogwalking yee. K. Balik pada tajuk. Haritu aku ada kata nak buat page khas untuk tempahan kan. Haa ni dah buat dah. Actually aku bertanya dulu pada orang orang kawan kawan tercinta sebelum nak buat page ni. Bila dah siap buat page ni paham paham jelah itu maknanya aku mmg ambik tempahan. Sbb tu aku berbelah bahagi nak buat ke taknak buat. And off course aku ada rasa, takpe ke aku bukak tempahan ni? Aku bukan terer sangat pun bab-bab design blog ni. Sikit-sikit boleh lah. But then kawan gua marah gua sbb gua mmg macam gini orangnya, self confident ilekkk. Tadak. Hahaha. Nak bukak tempahan pun takut. Lolol

Harga pulak? Kalau dulu aku letak RM10. Sekarang dah naik sikit RM15. Sebab atas saranan, akhirnya aku mengambilkira kos tenaga dan elektrik. Masa pun ye jugak sebab kebiasaannya aku edit  blog customer InShaaAllah satu hari atau dua hari dah siap. [bergantung kepada tahap kesibukan] Kenapa? Sebab biasa aku stay sampai dua tiga empat pagi hadap design hahahaha. Dan Rm15 tu jugak masuk design untuk header, footer luar blog dan watermark. Bagi sesiapa yang bertanya ada ke tak aku ambik tempahan buat watermark, sekarang aku open. RM3 untuk satu watermark. Sorry kepada sesiapa yang bertanya dan aku kata aku tak ambik tempahan tu tauu. Sbb masa tu aku taknak pun secara rasmi ambik ambik tempahan ni. Hahaha. Tapi memandangkan aku free dan ini salah satu cara untuk aku cari duit poket tambahan maka aku pun open.

Cara pun still sama. Aku sebenarnya mmg tak berani nak password dan email org untuk design template mereka. Haha. Maka aku ambil inisiatif dengan beri kod html melalui email. So anda boleh copy paste dalam kod html blog anda. Siap. Tak perlu risau ada org lain bukak blog anda sbb rasanya dgn cara ini lebih selamat dan privasi anda terjamin. Kenapa aku buat mcm ni? Sebab aku jenis org yg kadang buat entry personal jiwang karat dan kebanyakannya dalam draft so aku mmg taknak taknakkkkkk tak mahuuuuuuu org bukak dashboard blog aku hahahaha. Malu oi.

InShaaAllah lepas ni tempahan akan jadi lebih mudah dan customer tak tertanya-tanya tentang syarat, cara buat tempahan semua. Untuk maklumat lanjut sila rujuk page tempahan kat menu tab atas tuu. Ataupun uols boleh klik SINI







4 comments:

  1. salam rrai moga murah rezeki dan respect cara rrai :)

    ReplyDelete
  2. Selamat maju jaya dengan business ni :)

    ReplyDelete
  3. bagus r rrai jaga hak n privasi custemor....suka2...all the best k?

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.