Tempahan Edit Blog: Natasha

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Tempahan kali ini adalah daripada Natasha. Dia nak hasil yang simple-simple sahaja. Maka dapatlah hasil yang sedemikian. Untuk background dia nak warna biru kosong. Actually theme dia bukanlah warna biru+pink. Also masuk jugak warna-warna lain. Oh ya actually font header (Natasha Amira) tu famous giloss okay lepas aku edit blog Faiqah, dua orang mintak font sama macam Faiqah. Tapi yang Natasha punya ni tak sama dengan Faiqah. Lain font. Sebab aku tak jumpa font Faiqah tu nama apa. Lols. Font kat laptop aku banyak gila sampai pening nak mencari hahahahaa. 


Terima kasih sebab sudi tempah dengan saya!

Tempahan Edit Blog: Ain

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Here another tempahan yang telah berjaya saya siapkan. Hehehe. Pemilik blog namanya Ain. I dont have her link blog so I just wanna review the template that I did.


Theme kali ni mcm more to bunga2 vintage gittew. Background mcm background ala-ala kayu. Tapi warna putih yang seakan-akan grey. Then aku tambah bunga. Biasalah. Sekarang ni tema bunga-bunga macam famous pulekk Iolss rasa. Hahahaa. 


Terima kasih Ain :D Sorry takde link blog dia pulak. Hehe


Tempahan Edit Blog: Kak Farahana

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Hai korang. Hari ni aku nak review berjemaaah beberapa blog yang telah aku siapkan.


Pemilik blog ni namanya Kak Farahana. Masa mula-mula beliau nakkan warna purple, tapi akhirnya beliau pilih warna biru. Theme ni inspired daripada Blog Kak Irine Nadia. Dalam menyiapkan tempahan blog orang ni memang ramai gila suruh buat theme mcm blog Kak Irine. Jawapan aku memang aku takkan buat sebijik mcm dia. Jadikan inspirasi boleh. Copy bulat-bulat tak boleh.


Maka dapatlah hasil sepertimana di bawah. Alhamdulillah. Kak Farahana setuju dan suka dengan theme yang ni :) Thank you so much sudi tempah dengan saya kak!


Review kali ni rasa lain macam sikit sebab kebiasaannya pada akhir review tempahan edit blog aku akan letak link utk korang baca lebih lanjut mengenai tempahan edit blog kalau-kalau korang nak tempah. Tapi kali ni aku tak letak link pun sebab tempahan sudah pun ditutup. Hahahahaa. Maaf yaa. Dan aku serious nak mintak maaf sangat-sangat sebab lately aku byk tolak permintaan orang untuk editkan blog mereka. Malahan ada yang cakap, 'takkan rrai tak boleh tolong akak?' Alaaaa. Serius memang tak boleh kak. Kalau ambik nanti saya bukan ada masa nak siapkan. Sebelum ni saya free. Maka saya boleh laa ambik tempahan. Lepasni sy busy sikit. So memang tak dapat nak siapkan. Rasanya takde sapa nak kan kalau tempahan edit blog korang aku ambik tempoh berminggu-minggu atau melebihi bulan-bulan untuk siapkan tempahan korang. Korang nak ke? Mesti taknak kan. Kalau nak, boleh je. Tapi nanti kompem suruh refund balik duit sebab tak sanggup tunggu. Hahahaa

Sampai sini sahaja. Doakan urusan aku dipermudahkan okay! Tataa korang!




Review: Shade Dough Hanis Zalikha & Tiffany Alhumairah


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Aku nak review dua item hari ini. Hehe. Pertama, shade dough ROSE TAFFY by Hanis Zalikha. Kedua, Tiffany Alhumairah inner neck. Kedua-duanya aku dapat daripada ig shop loveaa.my_ tau. Untuk pengetahuan korang loveaa.my_ adalah agent sah bagi shade dough dan tiffany ni. So jangan ragu-ragu untuk dapatkan shade dough ataupun tiffany from loveaa.my_ okay.


Inilah rupa tiffany inner neck ni bila gua p letak dalam bakul baju. Habis kedot seribu hahahaa.Mula-mula aku ingatkan biasa-biasa je tiffany ni. Yelah, inner neck je kot? Macam biasa lah inner neck bersepah gila ok jual kat pasor lambak. Hahaha. Tapi bila aku try tiffany ni, Ya Allah, best gila weyh inner neck ni! Sumpah tak tipu! Kain dia punya material sumpah best dan selesa gila! SANGAT SANGAT berbeza dengan inner neck pasar lambak/pasar malam atau yang jual kat kiosk-kiosk kedai tu.


Pandangan dari sisi belakang. Nampak tak? Ada getah kat belakang. Tiffany ni tak bersanggul pun.


Close up. Haa macam ni lah getah dia. So, bila kita dah pakai tu, inner neck ni tak terkebo-kebor pon kat dalam tudung. Hahahaha. Dia macam terletak statik je kat leher kita. Memang sangat-sangat selesa. Tak rimas langsung. Antara sebab lain kenapa aku suka gila tiffany ni, adalah sebab even kita sumbat dia dalam bakul baju dan jadi berkedot seribu, tapi bila pakai dan bila dia terlekap kat muka tu, serius tak berkedot pon kat bahagian depan dia tu. So tak payah iron langsung pun weyh! Serius! Tak percaya? Okay tgk gambar kat bawah.


Korang nampak kan gambar kat atas2 tadi betapa berkedotnya dia? Aku tak iron pun. Aku sarung terus dengan kedot2 tadi. See? Tak nampak renyuk pun kat bahagian depan tu!


Tiffany Alhumairah. Material adalah cotton viscose. Recommended? Yes! Saya bagi 10 bintang! Hihi


Kedua, is shade dough by hanis zalikha yang baru-baru sahaja dilancarkan pada awal bulan November ni. Ada lima pilihan warna sebenarnya. Tapi yang aku pilih adalah Rose Taffy. Sebab? Hanis Zalikha tunjuk kat ig dia pakai Rose Taffy maka aku tengok pon macam cantik maka aku pun pilihlah Rose Taffy hahahaa.



Inilah warna Rose Taffy Shade Dough by Hanis Zalikha ni. Dia macam pink nude. Tapi more to nude lah sebenarnya. Tak berapa nak pink. Hahahaa. Aku tak try lagi pakai buat blusher. Hanis Zalikha pakai Rose Taffy ni buat blusher kat pipi dia. Nanti lah kite try hehehe.


Okay ini sepupu iolss. Iolss pakaikan dia shade dough rose taffy ni. Gembira budak ni dapat pakai shade dough hanis zalikha hahahaa.

For me, shade dough by hanis zalikha ni best. Memang tak crack pun. Dia punya texture berbeza gila ok dengan lip matte RM10 atau yang jenis gred punya yang berlambak di pasaran tu. Shade dough ni bila kita sapu texture dia ringan je. Not bad lah. Tak kesat mcm lip matte murah yg aku pernah beli dulu. Kahkah. *sengal* Dia cepat je kering. Tak lama pun. Bau dia? Okay bau dia adalah bau yang membuatkan kita rasa macam nak makan je shade dough ni. Hahahaha. Tak dapat nak describe. Korang kena beli dan cuba sendiri okay!

Berapa bintang nak kasi shade dough ni? Saya kasi 9/10 bintang! Hehehe

Kat mana korang boleh dapatkan tiffany dan shade dough ni?
Whatsapp kat nombor 013-264 7912. Nak cod pun boleh. Siapa duduk di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur, haa boleh je cod okay. Kalau jauh-jauh, boleh pos. Dont worry. Hehehee.

Sampai sini sahaja review kali ini. Ada masa nanti kita review benda lain pulak! Hehe. Tataaa!

Percutian ke Sekinchan; Perkara-Perkara Yang Korang Kena Tahu


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA 

Hari ni aku nak berkongsikan salah satu lokasi yang menarik yang terletak di Malaysia yang korang patut pergi. Bila dah penat-penat bekerja, dapat pergi tempat macam ni dengan keluarga, memang nyaman habis lah! Lagi-lagi kalau kita duduk bandar, sekali-sekala pergi tempat begini memang boleh release tension gitu. Hahahaa. Bagi aku, tempat yang penuh kehijauan sentiasa merupakan ubat penat terbaik bila kita dah penat bekerja atau penat belajar. Masa spm dulu, cikgu aku pernah kata, ‘kalau awak dah blank masa jawab paper atau mata awk penat sangat, awk tengok luar, tengok warna hijau pokok-pokok’. Kenapa? Sebab warna hijau ni baik untuk mata.


Tempat yang aku nak kongsikan ini adalah Sekinchan. Sekinchan adalah sebuah pekan kecil yang terletak di negeri Selangor. Okay good news to orang Selangor! Hahaha. Pemandangan bendang padi hijau yang indah kelihatan seperti lukisan membuktikan tempat ini adalah salah satu kawasan pengeluar beras terbesar di Malaysia. Terletak kira-kira 102 km ke utara Kuala Lumpur dan kira-kira 28 km dari Kuala Selangor, Sekinchan adalah betul-betul di tengah-tengah kawasan jelapang padi utama Selangor, di daerah Sabak Bernam.


Bermula sebagai sebuah perkampungan nelayan kecil, tempat ini kini berkembang dengan lebih meluas dengan penanaman sawah padi secara besar-besaran. Kampung-kampung di tepi pantai di sini amat diberkati dengan tanah yang subur di mana terdapatnya laut dan sawah padi. "Shi Geng Zhuang" merupakan namanya dalam bahasa Cina yang diterjemahkan secara langsung daripada fonetik Sekinchan dan difikirkan sebagai nama yang sempurna kerana ia membawa maksud 'kampung sesuai untuk pertanian'. Haa, bagi korang yang tak pernah tau, tu merupakan serba-sedikit mengenai latar belakang tempat yang menarik ni. Therefore, untuk post kali ni, aku nak bagitahu korang tips untuk melancong dan book Sekinchan hotel dengan mudah. Jadi kalau korang datang dari jauh-jauh tu, tak perlu risau nak bermalam di mana.

Sebelum tu, meh sini aku share cara untuk sampai ke sini. Disebabkan ia masih lagi merupakan sebuah kampung, pilihan pengangkutan untuk sampai ke destinasi ini adalah terhad. Kebiasaannya, pengunjung ke sini sama ada dengan memandu atau dengan bas. Terdapat dua cara yang berbeza untuk sampai ke Sekinchan dengan memandu iaitu Laluan 1: Jalan lama Shah Alam - Setia Alam - Meru - Kapar - Kuala Selangor - Tanjong Karang - Laluan 2 : LATAR Expressway. Melalui lebuhraya ini, ambil jalan keluar di Ijok dan terus menghala ke Kuala Selangor. Korang melepasi Kuala Selangor Nature Park sebelum sampai ke pekan Sekinchan. Kalau korang nak ke sini melalui bas, please take note hanya ada satu saja syarikat perkhidmatan bas yang menyediakan laluan ke Sekinchan iaitu SPT Sabak Bernam. Harga tiket ialah RM 9.30 dan bas bergerak setiap jam dari jam 9 pagi sehingga 7 malam. Okay lah tu sampai pukul 7, tempat aku selalu last bas pukul 5. Jarang dah sampai pukul 6 petang. Kalau korang student yang tiada transport, boleh je nak datang sini naik bas. Lagi-lagi kalau datang dengan kawan-kawan. Peh kan adventure gitu! Aku dari zaman kolej dulu teringin nak buat benda macam ni. Tapi kekangan masa selalu tak mengizinkan. Travel by bus dengan bestfriend, ala-ala backpack gitu, bestnya!!

Kalau korang dah malas sangat nak buat itinerary sendiri, korang boleh je terus book day trip dengan mana-mana travel agency. Misalnya kalau korang student yang nak bercuti dengan kawan-kawan ke, yang sibuk sampai takde masa nak planning trip ke Sekinchan, boleh je guna perkhidmatan travel agency. Tapi, bagi korang yang plan jadual perjalanan sendiri, korang boleh juga download apps hotel Kuala Selangor bagi memudahkan lagi kerja planning korang. 


Ramai yang tak tahu sebenarnya terdapat pelbagai tempat menarik di sini. Antara beberapa aktiviti menarik yang korang boleh buat di sini ialah menyaksikan pemandangan sawah padi yang terbentang luas. Seperti yang disyorkan oleh ramai jurugambar, sawah padi di Sekinchan menawarkan rasa yang berbeza pada masa yang berlainan sepanjang tahun bergantung kepada tahap pertumbuhan pokok padi. Korang boleh check dengan pusat pelancongan tempatan untuk mengetahui lebih details mengenai info ni. Kawasan sawah padi di Sekinchan selalu menjadi pilihan bakal pengantin untuk menjadikan keindahan sawah padi Sekinchan sebagai latar belakang dan lokasi pre wedding mereka. Nak jadikan lokasi untuk photoshoot pre konvo pun boleh. Memang cantik sangat-sangat.


Bagi yang sukakan suasana laut, terdapat sebuah perkampungan nelayan yang masih aktif sehingga hari ini. Kampung ini dipanggil Bagan dan hari ini adalah hanya beberapa batu dari bandar. Korang boleh menyaksikan rutin nelayan yang keluar pada awal pagi kira-kira 4-5 pagi untuk menangkap ikan dan kembali semula pada sekitar 5 petang dengan banyak membawa hasil laut yang segar. Nak feeling-feeling macam suasana kampung? Haaa boleh pergi sini! 


Kalau dah cakap pasal hasil laut tu, faham-faham la. Memang rugi besar la kalau korang tak rasa makanan laut kat sini. Memang fresh-fresh, segar-segar hidangan seafood kat sini tau! Deretan restoran di hadapan jeti memancing adalah sebab mengapa orang sanggup datang dari mana-mana tempat semata-mata untuk memenuhi keinginan makanan laut segar mereka. Bukan sahaja murah, beberapa hidangan makanan laut yang terkenal di sini dipengaruhi oleh gaya Teochew. Memang susah nak dapat kalau di bandar. Amacam menarik tak pekan ni? Haa, ni lagi satu tips aku boleh share bagi korang yang plan untuk bermalam di sini. Find out more Sekinchan hotel kat Traveloka.com. Melalui website ni, korang berpeluang untuk dapat the lowest and the best rate untuk bilik di tempat penginapan yang selesa, mengikut preference korang. 

Antara tempat-tempat menarik yang lain yang boleh korang kunjungi bila bercuti/ berjalan ke Sekinchan ni adalah kilang memproses padi dan muzium padi. Memang besar dan cantik sangat tempat ni. Tempat ni memang sering dikunjungi oleh pelancong-pelancong yang berkunjung ke Sekinchan. Korang boleh menyaksikan sendiri bagaimana pemprosesan berlaku dan juga melawat muzium padi. Paling best sekali, korang juga boleh beli souvenir kat situ dengan harga yang sangat-sangat berpatutan dan lebih murah. Contohnya pearl white rice, pearl brown rice dan pearl fragrant rice. Selain itu, Pantai Redang di Sekinchan juga merupakan lokasi menarik yang korang wajib pergi bila bercuti di Sekinchan. Dekat je dengan restoran seafood di Bagan. So lepas makan seafood kat Bagan tu korang boleh laa jalan-jalan kat kawasan Pantai Redang ni pulak. Suasana sunset di Pantai Redang pulak tersangatlah cantik tau! Rugi kalau korang tak tengok! 

Jom nikmati kehijauan dan kedamaian di Sekinchan ni. Tempat best, makanan pun best. Seafood fresh-fresh tau! Haa ingat senang ke nak dapat. Aku harap perkongsian aku ni dapat membantu sesiapa yang tertanya-tanya ada apa di Sekinchan dan kat mana Sekinchan tu. Dekat Selangor je uolss! Nanti ajak satu keluarga pergi okay! Tataaa!




TUTORIAL: Tambah Column Di Footer Blog [DENIM DAN SIMPLE]


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Tutorial ini direquest oleh someone. Lupa siapa. Mohon ucap terima kasih ah sebab aku bikin ini tutorial masa tengah busy busy hokehh. *riak* HAHAHAHA. Aku nak ajar dua template. Simple template dengan denim template. Kalau simple serius memang kacang goreng gila. Hahaha. Berlagak. Kalau denim susah sikit sebab kena main kod dalam template.

Korang kalau tak tahu template korang jenis template apa, tengok kat template korang tu, terpampang je dia tulis macam ni contohnya:

-----------------------------------------------
Blogger Template Style
Name:     Denim

Haa tu maknanya template denim. Kalau simple macam ni:

-----------------------------------------------
Blogger Template Style
Name:     Simple

Okay dah faham? Bagus. Tepuk tangan. Hehehee

UNTUK SIMPLE TEMPLATE

1. Pergi kat template
2. Klik customise
3. Klik layout. Akan keluar mcm gambar di bawah ni. Korang boleh pilih nak body layout macam mana, nak sidebar kiri kanan ke, kiri je ke, then utk footer layout tu yang bahagian bawah sekali, macam blog aku ni. Nampak tak? Aku buat tiga column. Mcm dalam gambar ni.


Pergi kat Layout. Tengok kat bahagian bawah tu. Dia terus ada column kan? Ok tahniah anda dah berjaya.

Kat bawah ni aku punya. Aku letak 3 column and susun macam tu. Kalau nak nampak teratur and sama tinggi mcm aku, korang kena pasang scroll bar kat setiap 'benda alah' yang korang letak ni dan semua scroll bar mestilah sama saiz dia. Nanti dapatlah hasil macam aku ni. So dia akan nampak adil dan saksama hahaha. Tutorial nak pasang scroll bar aku takde buat lagi. So sila google sendiri ok.


UNTUK DENIM TEMPLATE

Korang boleh backup terlebih dahulu template korang tu. Takut terjadi apa-apa kejadian yang tidak diingini pulak karang aku pulak dipersalahkan hahahaha.
1. Cari kod ]]></b:skin>
2. Letakkan kod di bawah ini, di atas kod yang korang cari tadi.

/* ----- LOWER SECTION ----- */
#lower {
margin:auto;
padding: 0px 0px 10px 0px;
width: 100%;
background:url(http://colourlovers.com.s3.amazonaws.com/images/patterns/5497/5497454.png);
}
#lower-wrapper {
margin:auto;
padding: 20px 0px 20px 0px;
width: 960px;
}
#lowerbar-wrapper {
border:1px solid #FFD8D8;
border-radius:15px;
background:#fff;
float: left;
margin: 0px 5px auto;
padding-bottom: 20px;
width: 32%;
text-align: justify;
font-size:100%;
line-height: 1.6em;
word-wrap: break-word;
overflow: hidden;
}
.lowerbar {margin: 0; padding: 0;}
.lowerbar .widget {margin: 0; padding: 10px 20px 0px 20px;}
.lowerbar h2 {
margin: 0px 0px 10px 0px;
padding: 3px 0px 3px 0px;
text-align: center;
color:#FFD8D8;
text-transform:uppercase;
font: bold 14px Arial, Tahoma, Verdana;
border-bottom:4px solid #FFD8D8;
}
.lowerbar ul {
margin: 0px 0px 0px 0px;
padding: 0px 0px 0px 0px;
list-style-type: none;
}
.lowerbar li {
margin: 0px 0px 2px 0px;
padding: 0px 0px 1px 0px;
border-bottom: 1px dotted #ccc;
}

3. Cari kod </body>
4. Letak kod di bawah ini di atas kod </body>

<div id='lower'>
<div id='lower-wrapper'>
<div id='lowerbar-wrapper'>
<b:section class='lowerbar' id='lowerbar1' preferred='yes'>
</b:section>
</div>
<div id='lowerbar-wrapper'>
<b:section class='lowerbar' id='lowerbar2' preferred='yes'>
</b:section>
</div>
<div id='lowerbar-wrapper'>
<b:section class='lowerbar' id='lowerbar3' preferred='yes'>
</b:section>
</div>
<div style='clear: both;'/>
</div> </div>

Preview dahulu. Korang akan nampak dia jadi macam ni:


Kemudian. Pergi kat Layout. Check kat bawah sekali. Akan nampak seperti gambar di bawah ni. Nampak tak dah ada tiga column kat bahagian bawah tu? Maknanya korang dah berjaya. So nak edit, nak letak apa2 harta kat situ just klik add a gadget, then korang letak apa-apa korang nak letak mcm cbox ke, apa2 ke. Nak letak kotak follower/about me/blogslist pun boleh. Kalau nak ketiga2 tu semua sama tinggi, korang kena samakan diaorg punya saiz scroll bar. Tapi kalau kotak follower ke, pageview ke, apa2 jelah yang automatik sedia ada punya tu, tak boleh tambah scroll bar so nanti korang punya ketiga2 kotak widget tu akan tak sama. So nak nampak semua sama tinggi, letak yang boleh pasang scroll bar je kat column tu. Faham tak? Tapi kalau tak sama tinggi takde masalah pun sebenarnya. 


Aku letak kod background siap2 dalam kod aku kasi tadi. So background column korang akan jadi biru dot2 mcm tu. Untuk nampak lagi lawa, korang boleh gunakan kod warna yang sama untuk bacground blog dan background column tu. Contoh mcm gambar atas tu background blog adalah garis2 biru n putih manakala background column adalah biru dot2 putih. Kedua2nya menggunakan kod warna biru yang sama. Kalau korang nak dia jadi background plain kosong, kod background tu korang gantikan dengan kod warna iaitu begini:

background: #FF9494;
Yang aku merahkan tu kod warna. Kod warna boleh tengok SINI

http://colourlovers.com.s3.amazonaws.com/images/patterns/5497/5497454.png adalah url background. Nak background lain, boleh tengok kat bahagian freebies aku ada kasi background lain-lain.
15px adalah border melengkung keliling kotak tu. Kalau taknak letak 0 je. Ikut korang nak kurangkan atau tambah, sukahati.
#fff adalah warna background dalam kotak tu widget tu. Yang aku letak ni warna putih. Jangan letak warna gelap sangat. Nanti tulisan dalam widget/kotak tu tak berapa nak nampak.
#FFD8D8 adalah warna tulisan. Yang ni warna pink.
#FFD8D8 adalah warna garisan bawah tulisan tu. Yang ni warna pink. Sama dengan warna tulisan.

Itu sahaja yang penting. Kalau rajin nak menggodek, korang godek lah kod yang lain-lain tu. Tapi kalau guna yang aku kasi ni je pun dah okay. Ingat, jangan gatal2 ubah2 width atau tambah saiz border tanpa preview terlebih dahulu, kalau kotak widget kat column tu berterabur, korang godek sendiri okay betulkan balik. Hahahahaha.

Tutorial tambah column utk denim ni aku rujuk kat SINI sebenarnya. Tapi aku dah ubah sedikit kod yang aku bagi kat atas ni. So this tutorial kredit to blog tersebut. Sekarang aku pakai simple template. Masa aku pakai denim, aku pun buat mcm gini. Nak tengok tak? Tgk gambar kat bawah. Haa tu template denim tau. Bukan simple. Kalau aku buat menjadik, korang pun mesti boleh buat. Buat slow-slow. Jangan gelabah2. Hahaha



Kalau simple, korang boleh customise je. Kalau denim kena buat manual yee kawan kawan sekalian. Boleh je tambah column bawah tu. Cuma kena tambah kod kat template. Meskipun nampak mcm payah, tapi column kat denim korang boleh letak background. Manakala kalau simple, setahu aku dia automatik ikut background blog kita. So takleyh lah nak letak background bunga2 ke kan. Hahaha. Kalau nak lawa, kalau background korang jenis kosong/plain, kat column bawah tu korang boleh letak background bunga2. Pun lawa jugak!

Untuk blogskin, I tak tahu okay. Siapa terer blogskin sila godek sendiri. Mungkin korang boleh jugak guna tutorial ni. Tapi nak paste kat mana tu saya tak tahu lah. Hahaha. Tak pernah edit blogskin.

Aku harap korang berjaya buat tutorial ni. Buat slow-slow jangan gopoh-gopoh. Yang gopoh tu yang selalu tak menjadi tu. Kahkahhh. Sampai sini sahaja tutorial saya kali ini. Taataa!


TEMPAHAN EDIT BLOG DITUTUP


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Hai. Hari ni secara rasminya aku nak maklumkan bahawa tempahan edit blog telah ditutup. Tak tahu bila akan open semula. Ada beberapa blogger yang ada bagitahu nak tempah, tapi hilang begitu sahaja tanpa membuat bayaran. Aku kalau orang wasap ckp pasal nak edit blog aku masukkan nama dia dalam list lepas dia payment je. Payment lambat, lambatlah turn kau. Yang cakap kosong lagi lah, aku mmg tak akan wasap semula, sebab bagi aku kalau dia tak buat bayaran maknanya dia tak berminat. Mungkin juga dia dah buat tempahan kat orang lain. Aku tak marah pun. Hehee

Kali ni Allah duga dengan datangnya tempahan edit blog berdesup-desup di saat aku sangat-sangat busy gilosss. Kenapa aku kata Allah duga? Sebab kalau aku ni tamak haloba mesti aku accept je semua duit korang tu tanpa memikirkan yang aku boleh siapkan ke tak. Tapi aku hold dulu yelah sepuluh tempahan edit blog sekali masuk dalam list. Ko rasa? Tak ke gelabah ayam aku nak siapkan sebelum bulan 12. Hahahahaaa. But somehow Iolss berjaya juga siapkan kesemua tempahan edit blog tu. Ada beberapa orang yang aku terpaksa tolak, aku memang taknak dah terima. Maaf yaa korang. Dalam seminggu ni aku nak siapkan semua entry-entry review je. Tempahan edit blog pon aku banyak tak review. Tengoklah kalau sempat aku review.

Bagi sesiapa yang tercari-cari blogger yang mengambil dan membuat tempahan edit blog dengan harga yang super duper murah, korang boleh tempah kat Blogger Fhatin Amelia. Sebarang tempahan boleh dibuat ke fhatinamelia@gmail.com/fhatinameliamusa@gmail.com. Whatsapp pun boleh 0189830500. Ni blog dia: KLIK SINI

Terima kasih sangat-sangat kepada semua yang mempercayai saya untuk membuat template blog anda. Thanks a lot! Doakan saya semakin dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan yaa.  In Shaa Allah ada rezeki saya ambik semula tempahan edit blog. Tataaa!




TUTORIAL: Letak Daisypath Dalam Blog


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Mungkin majoriti dah tahu apa itu daisypath ni. Tapi ada juga yang tak tahu macam mana nak letak dalam blog. Jadi aku harap tutorial ni dapat membantu sesiapa yang tertanya-tanya macam mana aku letak benda alah yang kira jangka hayat seperti mana yang aku merahkan dalam gambar di atas. Hahaha. Kemain jangka hayat. Nama dia daisypath. Selalunya org letak sbb nak kira usia blog, usia perkahwinan, birthday, dah berapa lama konvo, lagi berapa lama nak sampai ke tarikh hari jadi kau, dsb. Okay jom aku nak ajar macam mana nak letak benda ni dalam blog. 

Pertama sekali pergi kat sini: https://daisypath.com/

Korang boleh pilih sama ada sign up atau tak. Kelebihan kalau korang sign up, bila2 nanti kalau korang nak ubah, korang just log in dan ubah je. Tapi kalau tak sign up, korang kena buat baru. Tapi nak buat baru pun senang je sebenarnya. Tak susah pun. Meh aku ajar.


Bila korang dah klik link kat atas [https://daisypath.com/], akan keluar macam ni. Okay, korang boleh pilih mana-mana yang korang nak. Kalau nak kira anniversary, klik kat anniversary tu. Mcm tu jugak yang lain-lain.


Then keluar macam ni. Pilih saiz yang korang nak. Yang kecik tu pun dah okay kalau nak letak kat sidebar. Sbb selalu org letak kat sidebar jee. Dah pilih, klik Next: Scene


Okay. Pilih lah background cemana yang korang suka ya. Dah sudah, klik Next: Slider


Yang ni pulak, pilih gambar apa yang korang nak dia keluar kat atas background tu. Gambar naik sampan ke, gambar kek ke. Dah sudah, klik Next: Details


Korang sila select antara dua ni. Sticker daisypath korang ni korang nak dia tunjuk berapa lama usia perkahwinan korang atau lagi berapa bulan/hari nak sampai ke tarikh perkahwinan korang. 


Sila isi sepertimana yang korang nak. Yang kat atas ni aku main bedal je sekadar untuk tunjuk contoh kat korang. Isi yang aku hijaukan je. Yang lain2 tu tak payah pun takpe. Kalau korang nak dia jadi tranparent, sila tick sepertimana yang aku merahkan tu.


Copy kod di atas dan letakkan kod tu kat sidebar korang.

Caranya, pergi kat LAYOUT, klik ADD A GADGET, kemudian klik HTML/ JAVASCRIPT. Paste kod daisypath korang. Jangan lupa letak kod <center> sebelum dan selepas kod daisypath korang. Contohnya ia akan jadi macam ni:

<center><a href="https://daisypath.com/"><img src="https://davm.daisypath.com/N3pZp8.png" width="200" height="80" border="0" alt="Daisypath Anniversary tickers" /></a><center>

Tujuan letak <center> di awal dan di akhir kod adalah supaya sticker daisypath korang akan jadi center. Kalau tak nanti dia ketepi. Kalau tak center kan tak lawa gituu jadinya.

Daisypath ni dia automatik kira tarikh/ usia perkahwinan/ umur korang/ tarikh birthday dsb. So dont worry no need to ubah2 dia lagi lepasni. Biarkan je. Pandai lah dia buat kerja dia sendiri nanti.

Okay itu sahaja. Tataaa!


PENGUMUMAN PEMENANG: GIVEAWAY SHADE DOUGH HANIS ZALIKHA


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Hai korang! Hari ni tibalah hari yang dinanti-nantikan oleh para peserta yang mana kita nak umumkan senarai pemenang bagi Giveaway Shade Dough by Hanis Zalikha. Jumlah pemenang yang dicari adalah lima orang. Kelima-lima pemenang ini akan menerima 1pcs shade dough by Hanis Zalikha yang setiap 1pcs adalah berharga RM55. Ada berita gembira kepada pemenang pertama, anda akan dapat satu lagi hadiah iaitu #HairulHanisParfum. Korang boleh usha entry tentang perfume tu kat SINI. Perfume tu akan dapat random ya. Tak boleh pilih bau.

So pemenangnya adalah............
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tahniah kepada semua pemenang. Terima kasih aku ucapkan kepada semua peserta yang sudi join dan support giveaway kali ini. Serius thanks sangat-sangat. In Shaa Allah akan datang aku akan buat lagi giveaway. Doakan aku dimurahkan rezeki so nanti boleh la aku kasi korang hadiah best best. Heheheee.

Perhatian kepada semua pemenang, sila hantarkan maklumat untuk penghantaran seperti nama, alamat dan nombor telefon korang di 011-26326826. Whatsapp tau. Sila perkenalkan diri dan beritahu bahawa korang adalah pemenang giveaway shade dough ni. Beritahu korang pemenang nombor berapa dan sertakan sekali LINK PENYERTAAN KORANG! Ingat tau! Itu adalah nombor telefon my cousin, selaku sponsor giveaway ini. Jadi tolong sangat2 whatsapp dengan budi bahasa yang baik okay.

Sepertimana yang diberitahu dalam entry giveaway dan sebagai syarat penyertaan, pemenang kena buat review dan post gamba di ig bersama-sama dgn shade dough ni, kalau ada antara kelima pemenang ni yang tak boleh nak bagi komitmen, mean tak boleh nak review dan taknak post gambar, bagitau awal-awal, sebab kalau korang bersetuju untuk terima hadiah, maknanya korang dah setuju untuk buat review dan post gambar pakai shade dough. Kalau taknak review, hadiah kita kasi orang lain. Okay? Sebab dah bagitau awal-awal kat syarat nombor 11, pemenang kena review and post gambar di instagram.

Here’s what you have to do:

1. Blog
  • Buat review tentang shade dough ini di dalam blog.
  • Sertakan gambar anda memakai shade dough ini dan gambar shade dough yang anda terima.
  • Sila nyatakan bahawa shade dough ini anda terima dari ig shop @loveaa.my_ dan juga sila nyatakan bahawa sekiranya ada pengunjung blog anda yang berminat untuk beli atau ada sebarang pertanyaan berkenaan shade dough ini mereka boleh hubungi 013-264 7912. Sila letakkan sekali link instagram @loveaa.my_ iaitu https://www.instagram.com/loveaa.my_/
  • Review hendaklah tidak terlalu pendek.

2. Instagram
  • Upload gambar anda memakai shade dough ini sambil memegang shade dough by Hanis Zalikha.
  • Gambar tersebut hendaklah tag kepada instagram @loveaa.my_ dan juga mention ig @loveaa.my_ di dalam caption anda.
PERHATIAN: Review di blog dan instagram hendaklah dibuat dalam masa seminggu selepas produk diterima. Kerjasama daripada anda amatlah saya hargai. Terima kasih dan tahniah..

Itu sahaja. Sekali lagi aku ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi join giveaway ini. Aku doakan kalian dimurahkan rezeki dan sentiasa dipermudahkan segala urusan. Tataaa!




PENTING: PEMENANG DIKEHENDAKI UNTUK BAGI MAKLUMAT PENGHANTARAN UNTUK TUJUAN POS SEBELUM HARI KHAMIS [24/11/2016] JAM 12 TENGAHARI. SELEPAS ITU, KAMI AKAN MENCARI PEMENANG BARU DAN MESEJ ANDA YANG LAMBAT ITU TIDAK AKAN DILAYAN.




Giveaway Kek Lapis Sarawak by Ain Syahirah


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Hai korang! Woww. Giveaway ni daebak sungguh. Siapa laa yang tak suka kek lapis Sarawak kan. Semua suka. Aku jarang makan kek lapis sarawak ni. Maklumlah harga dia kalau kat semenanjung ko paham paham je lah. Last aku makan perisa masam masam manis. Sedap gila k kek lalpis sarawak yang masam2 manis punya! Rasa dia mcm jajan asam bulat kecik2 tu yang masa kecik2 aku ada selalu makan. Budak zaman sekarang tak makan kot jajan tu. Hahaha

So kalau korang nak join giveaway best ni klik pada banner di atas ok! Good luck!

Tempoh Giveway : 20 November 2016- 1 Januari 2017. ( Satu bulan lebih )
Keputusan : 2 Januari 2017
Hadiah akan dipos : 15 Januari 2017


PENGUMUMAN PENTING GIVEAWAY: TARIKH UMUM PEMENANG DITANGGUHKAN


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Hai korang! Aku ada berita penting yang aku ingin sampaikan kepada kesemua peserta-peserta yang dah join giveaway yang aku ada anjurkan dulu. Yang mana seperti yang dijanjikan, tarikh umum pemenang adalah pada hari esok iaitu 19 NOVEMBER 2016. TAPI, dukacita nak dimaklumkan bahawasanya tarikh umum pemenang terpaksa ditunda kepada 20 NOVEMBER 2016. Sorry okay. Maaf sangat-sangat. In Shaa Allah 20hb ni aku publish senarai pemenang. Doa-doa lah korang terpilih okay hehehe. Aku dah cuba tau shade dough ni! Nanti aku buat review. Sumpah matte sgt and best sgt! Jadi........... siapakah bakal-bakal pemenang yang akan melawa dengan shade dough ni? Haaaa... Nantikan! 





PSK Panoramic Mascara [Review]


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Hai uolss! Hari ni entry agak istimewa sikit sebab buat pertama kalinya aku akan menunjukkan bulu mataku yang tak semegah mana ni dalam blog hahahahaa. Dah nama pun nak review mascara kan? Takkan aku nak tunjuk bulu hidung pulak. First time tau Rrai nak buat review mascara ni. Hehehehe


Mascara yang aku nak review ni adalah PSK Panoramic Mascara. Merupakan barangan kecantikan daripada brand PSK. Selain daripada mascara, PSK juga mengeluarkan barangan make-up dan skincare lain seperti CC Cream, Lip Gloss, Night Cream, Scrub/ Exfoliant dan Gel/ Cream.

Aku memang minat mascara. Kalau pakai eyeshadow, macam wajib kena pakai mascara lepas tu. Macam weird giloss kalau pakai eyeshadow tanpa mascara. Hahahaa. Bagi sesiapa yang bulu mata dia jenis tak berapa nak lentik (macam aku), sebelum apply mascara tu, korang boleh laa guna eyelash curler untuk kasi bulu mata jadi lebih lentik. Tapi aku memang sangat sangat jarang pakai eyelash curler ni sebab aku selalu terlupa nak pakai. Kahkahh. Lagipun, dengan bantuan PSK Panoramic Mascara ni sahaja sebenarnya dah cukup utk buat bulu mata nampak lagi meletopss okay. Hahaha. 


Kat atas ni adalah rupa mascara tersebut. Bulu mascara dia jenis yang besar kat bahagian hadapan dan belakang kecil sedikit. Jadi, bila korang pakai mascara ni, dia akan teraplikasi kat semua bulu mata korang. Faham tak? So, bulu mata yang kat bahagian paling dekat dengan hidung tu akan senang nak kena lah. Berdasarkan pengalaman aku pakai, aku rasa macam tu. Dan PSK Panoramic Mascara punya "brushes" adalah jenis yang aku suka and my favourite! Aku tak arif sangat bab bab nak mengklasifikasikan jenis-jenis brush mascara ni. Tapi kalau korang nak tahu, brush mascara ada banyak jenis. Aku suka jenis yang mcm ni. Kenapa? Sebab mascara begini tak buat bulu mata aku bergumpal and melekat-melekat antara satu sama lain. Mean, dia ada jarak-jarak dan bulu mata aku takdelah nampak sangat macam aku pakai mascara HAHAHAHAA. Dan ada juga yang macam ni tapi dia straight sama saiz dan tak macam ni (besar di hadapan). Haa yang macam tu pun aku suka. Serius dia separates bulu mata kita. Kalau yang jenis macam berus nak basuh botol air baby tu aku tak berapa nak gemar sangat. Hahahaha. Mandai aku je bagi nama.

Okay jom aku nak tunjuk hasil aku pakai PSK Panoramic Mascara ni.


Kat atas ni adalah gambar aku sebelum pakai PSK Panoramic Mascara and yaa itulah rupa bulu mata saya. Hehee. Kening memang ori punya sebab tu berterabor. *peace* 


Okay, tu masih lagi aku. Cuma gua dah pakai eyeshadow dan eyeliner. Mascara kebiasaannya merupakan 'item' terakhir yang aku guna. Takkan nak pakai mascara dulu sebelum pakai eyeshadow/eyeliner kan?


Tadaaaaa! Siap! Hehehe. Inilah rupa selepas pakai PSK Panoramic Mascara. Aku tak guna eyelash curler pun. Pakai mascara ni je dah cukup nak kasi effect bulu mata lentik. Dan gua memang tak pernah pakai bulu mata palsu. Apa kejadahnya setakat nak pergi bandar Muar je pun sampai nak pakai bulu mata palsu?


Okay thats me. Aku baru sedar pipi makin besar hidung makin besar omaigod omaigod. I'm wearing PSK Panoramic Mascara for today! 


Here the results. Nampak beza kan? Much better than before. I gave 9/10 for this PSK Panoramic Mascara. Gambar kat atas ni aku tak pakai tebal2 sangat. So kalau pakai lagi tebal mungkin bulu mata korang akan nampak lebih lebat. I just apply a little so my eyelash dont look so heavy and unnaturally.


My honest review:
➽ Senang untuk diaplikasikan dan digunakan.
➽ Help to separates bulu mata
➽ Tak bergumpal
➽ Waterproof
➽ Mudah untuk dibersihkan
➽ Tak beri kesan 'mata panda'
➽ Beri effect bulu mata lebih panjang dan lebih lentik tanpa perlu pakai bulu mata palsu/ eyelash curler

Another tips untuk pakai mascara, pakai secara zig zag untuk dapatkan hasil yang lebih memuaskan. Nanti bulu mata korang mesti akan nampak lagi lentik. Just apply dia secara zig zag je. Taktahu macam mana? Sila tengok video di youtube aku rasa bersepah je tutorial utk pakai mascara dengan betul.

Where to buy? Click HERE

Aku sangat recommend PSK Panoramic Mascara ni kepada sesiapa yang bulu mata dia tak berapa nak lebat atau tak berapa nak lentik [macam saya]. And seriously masa bersihkan dengan makeup remover, senang sangat nak bersihkan dan takde tinggalkan kesan hitam bawah mata kita.

I gave 9/10 for this PSK Panoramic Mascara.

Thank you!







Mega Giveaway By Blogger's Family 2016


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Jemput join giveaway best ni! Actually saya adalah seorang sponsor bagi giveaway ini. Yang bertanggungjawab untuk conduct giveaway ini adalah the cutest Nab, TQ Nab sebab dalam kesibukan pun dia menyempat untuk anjurkan. Giveaway ini ditaja oleh group Blogger's Family. Terima kasih tidak terhingga aku ucapkan kepada kesemua yang sudi jadi sponsor dan sama-sama memeriahkan giveaway ini. Untuk join giveaway ni, korang klik pada banner di atas yaa. Jangan lupa join tau! Sebab serius banyak sangat hadiah dan pemenang yang dicari untuk giveaway ini ! So jangan lepaskan peluang korang untuk menang!

Good Luck!




GIVEAWAY TAMAT.


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Hai guysss! Just wanna inform bahawasanya giveaway shade dough by Hanis Zalikha yang aku anjurkan telah tamat pada 13 November iaitu semalam. Hehehe. Terima kasih tidak terhingga kepada kesemua peserta yang join. You guys are rock! Hahahaha.

Nantikan pengumuman pemenang giveaway ini pada 19 November nanti okay. I know mesti korang tak sabar nak melawa dengan shade dough hanis zalikha ni kan kan. Kalau korang tengok kat instagram hanis zalikha, she also apply this shade dough kat bahagian pipi dia and it is seriously like a blusher. 2 in 1 okay! Sumpah cantik gila! So di samping dapat guna kat bibir, korang juga boleh sapu sedikit kat pipi untuk menampakkan pipi korang kemerah-merahan macam kena tampar. Hahaha. Just kidding. Opkos lah untuk nampak macam pakai blusher. Lawa pulak aku tengok hanis zalikha pakai. 

Seramai 34 orang peserta yang join. Korang boleh semak senarai peserta kat SINI. Sila semak penyertaan masing-masing yaa. Good Luck!





GIVEAWAY DAH NAK TAMAT BEBERAPA JAM LAGI !!!


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Hai korang. Dah join belum giveaway SHADE DOUGH by HANIS ZALIKHA ni? Okay Hanis alikha dah launch shade dough ni tauuu! Kalau tak caya boleh tengok kat instagram beliau. Siapa siapa yg belum join tu, meh cepat cepat join, pukul 11 giveaway ni tamat!!! Klik banner di atas utk join..