Towel 2in1 (HOTEL QUALITY|LUXURY QUALITY). Tebal, serap air dan selesa!


Assalamualaikum.
Semoga kita semua sihat sejahtera hendaknya lebih-lebih sekarang ni musim jerebu. Jangan lupa pakai mask yeee tuan tuan puan puan (cakap orang padahal diri sendiri taknak pakai mask sebab nanti tudung tak betul kahkahhhh *gedik) 

Tadi masa jalan jalan ikut mak cari ikan untuk kucing, iolss jalan lah kat bahagian jual jual towel mandi. Cehh. Pegang pegang je gua dah rasa yakin, ni mesti tak serap air ni! Hahahh. Ada tuu nipis pun iyee. Kaler pulak tak menarik langsung, pudar. Biasa towel mandi ni panjang dia paras lutut je. Pendek. Nak buat selimut masa g camping pun tak best. Dahlah nipis. Pendek pulakkk tu.

Taknak ke beli towel 2in1 yang bukan sahaja boleh buat tuala mandi malahan boleh buat selimut sekali? Masa balik kampung tuu mana tau selimut tak cukup ke apa susah ambik towel buat selimut. Kekekeee. 

Tapi. Timbul satu masalah pulak. Tebal ke? Karang nipis langsung tak selesa dah rugi duit kat situuu. Maka. Saya nak share kat mana cik cik akak akak tuan puan semua boleh beli towel yang menepati keinginan semua manusia. Tebal, selesa, serap air, panjang dan berkualiti! Tipu? Iolss takde masa ni nak tipuuu. Testimoni pun banyak. Jom tengok.


Tuala ni bukan tuala yang nipis yang kat pasar malam tuuu tau. Ni yang berkualiti punya. Nak buat hantaran kahwin pun boleh kikiiii. (Masa kecik aku pernah tgk org guna tuala tebal berkualiti tu buat hantaran dan gubah dia jadik tanjak kepala hahahaha. So cute!)

Untuk pengetahuan anda, ada tiga kualiti towel:
1) LUXURY QUALITY (paling berkualiti)
2) HOTEL QUALITY (kualiti sedikit rendah dari luxury)
3) STANDARD QUALITY (kualiti biasa/ pasar malam)
4) LOW QUALITY (kualiti rendah- bukan dari cotton dan tak serap air)

Haaa. Dah lebih jelas kan tuala mandi pun ada gred diaaaa tauuu. Jangan main beli jaaaa karang tak serap air tak best karang sia-sia je duit. Beli yang murah, takde kualiti sudahnya tak tahan lama. Dah kena beli baru. Kan dah kena spend duit lebih kat situ. Kalau beli yang berkualiti, tahan lama tak payah dah nak beli beli lagi pada masa akan datang. Jimat!

Kat mana nak beli tuala dengan kualiti yang bagus ni? Semestinya kat SARA TM ENT. Klik SINI untuk ke page SARA TM ENT. Saiz dan kualiti yang dijual oleh SARA TM ENT adalah medium size 30x60 (hotel quality) dan super size 40x60 (luxury quality/ saiz selimut)

MEDIUM SIZE (30X60) HOTEL QUALITY:
-saiz yang sesuai untuk lelaki dan wanita. jenis towel ini menutupi dada hingga ke lutut. materialnya adalah 100% cotton.
SUPER SIZE (40X60) LUXURY QUALITY:
-jarang ditemui. kalau ada pun harganya tak berbaloi-baloi.jadi, untuk wanita yang tercari-cari towel bersaiz besar, towel ni amat sesuai dan menepati citarasa anda. towel ini cukup besar, menutupi dada hingga terus ke bawah lutut. nak jadikan selimut pun boleh sebab ianya tebal dan selesa. towel paling berkualiti dan materialnya 100% cotton.


See? Sangat sesuai nak buat selimut tauuu! Besar dan lebar! Ada banyak lagi warna-warna yang menarik dan berkualiti. 

Takkan cuci mata jee? Jomlahhh beli! Boleh beli untuk mak kat kampung mesti mak suka! Hihiikk. Harga? Dijamin berbaloi dan murah dengan kualiti towel ni. Kalau nak beli borong pun boleh jugakk. Beli banyak-banyak pastu jual kat orang hihiii sebab towel besar camni susah tauuu nak jumpa. 

Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian boleh wassap atau mesej ke nombor 0134312171. Kalau nak survey kaler apa ada atau testimoni-testimoni fresh boleh tengok kat facebook SARA TM ENT. Kat SINI


Sebarang pertanyaan atau kemusykilan uolss wassap je nombor di atas. In Shaa Allah akan dibalas secepat yang mungkin sbb penjual yang jual towel ni sangat berdedikasi dan pantas tauuuu dalam melayan customer. Saya jamin! Wasap sy beliau tak pernah lambat reply. Ramai yang repeat order dengan beliau sbb harga yang beliau tawarkan sangat berpatutan. Tengok je laaa gambar kat bawah ni. Berlambak uolsssssss towel nak pos. Hahahaa


Jadi, tunggu apa lagi? Wasap 0134312171 sekarang! Tuala berkualiti dijamin puas hati!












Ber-Jwanita | Movie Review


Assalamualaikum bloggers. Do you have watched Jwanita? Kalau belum, yokkkk tengok kat panggung wayang! Sebab? Berbaloi! Hihihh. Sebelum ni aku baca banyak review pasal Polis Evo and my friends also told me Polis Evo best gila. Tapi entah. Aku paling berkenan kalau tengok wayang ni movie genre horror dengan thriller. Kalau action ke crime ke ni 3/5. Kihhkih. Actually aku nak review Sinister 2 dengan Knock Knock If You Dare kat blog sbb dua dua movie tu aku tengok sorang-sorang kat wayang and the feeling is amazing tengok cite hantu sorang sorang hahahhaha. Tapi Rrai kan pemalas nak masukkan gambar dalam laptop. Maka sudahnya gua tak review pun dalam blog sampai sekarang.

While my parents and my brother tengok cerita Hotel Transylvania 2 sebab adik aku gediks sangat nak tengok cerita tuuu, aku dengan sepupuku tersayang pergi tengok cerita Jwanita. Salah satu sebab utama kenapa aku seboleh boleh nak tengok cerita ni is sebab pelakon utama dia Maya Karin dan ianya horror movie. Aku suka gila Maya Karin. Sama macam Pontianak Harum Sundal Malam, aku paling kenan betul dengan slang bahasa baku diaaa tu. Sedap dengar.

Kiteorg masuk je movie dah start sikit ni semua sebab aku dengan Tyra bertelagah pendapat masa di kaunter popcorn kahhkah. Dia nak beli mineral water dgn regular popcorn manakala aku kata beli combo jekk jimat. Sudahnya kiteorg beli combo sebab seorang Tyra haruslah mengalah dengan seorang Rrai. Hehehhhhhh

..............................................

First, jom baca sinopsis citer ni duluuuu.

Filem terbaru lakonan Maya Karin bakal ditayangkan di pawagam pada 24 September. Filem seram arahan Osman Ali ini diambil berdasarkan peristiwa benar jenayah yang berlaku masa lalu. Filem ini turut menampilkan pelakon mantap seperti Bront Palarae, Cristina Suzanne, Datin Paduka Umie Aida dan Marsha Milan. Lagu tema dinyanyikan oleh Datin Alyah dengan lagu berjudul Dendam Cinta.

Mengisahkan Jwanita (lakonan Maya Karin), seorang gadis yang mengalami masalah mental yang serius akibat kisah silamnya yang sering didera secara mental dan fizikal oleh ibu dan bapa angkatnya yang merupakan pengamal ilmu hitam
Sinar harapan mula muncul dalam hidupnya apabila dia bertemu dengan Farhan (lakonan Bront Paralea), doktor yang merawatnya selepas dia membunuh kedua ibu dan bapa angkatnya. Namun, segalanya punah apabila Farhan yang dicintainya merupakan tunang kepada adik kandungnya, Julaika yang ternyata lebih bernasib baik darinya.
Selepas menghilangkan diri pada hari perkahwinan Farhan dan Julaika, Jwanita muncul semula. Jwanita kembali dengan perwatakan yang berbeza namun dengan azam dan dendam durjana.

Tarikh Tayangan : 24 September 2015
Klasifikasi: 18 (18 tahun ke atas sahaja)
Genre : Seram-psiko
Pengarah : Osman Ali
Pelakon : Maya Karin, Bront Palarae, Marsha Milan, Cristina Suzanne, Umie Aida
Allahyarham Harun Salim Bachik, Mimi Ernida, Wan Hanafi Su, Pablo Amirul
Terbitan : Nuansa Films dan Ehsan Productions
................................................

Bagi aku, dari mula sampai akhir jalan cerita ni sangat best dan menarik. Mula-mula movie start je aku dah terpukau dengan tempat penggambaran sebab dah macam Into the woods dengan Beautiul Creatures dah background dia. Masuk-masuk je aku cakap kat sepupu aku, "cantikkk background dia". Masa permulaan cerita je kita dah rasa berdebor gituu sebab ada watak Jwanita masa kecik tengah main nyorok-nyorok dengan adik dia, Julaika. Rupanya masa kecik pun dah mental problem si Jwanita ni. Lepas tu, muncul watak pengamal ilmu sihir lakonan Umie Aida. Hah lagilahhh gua teruja Umie Aida kot! Gua suka gilaaaaaa dia! Lakonan dia macam biasa, memang mantap! Setiap rentetan cerita dalam movie ni tak hambar. Semua ada "isi". Maksud aku, jalan cerita dia tak "menyenyehh" hahahaa paham idokk? Kadang kan ada cerita membosankan sebab babak tak penting tak payah ada pun dia sumbat sekali. Tapi Jwanita tak. Setiap babak dia ada "isi". 

Cerita ni seram psiko. Kau akan rasa seram sbb ada hantu tapi pada masa yang sama rasa cuak jugak sebab ada watak pembunuh gila. Kite sukaaa suka sukaaa citerrrr camni. Paling cuak masa babak Jwanita seret kapak carik adik dia, Julaika yang sedang menyorok sebab adik dia dah tahu kakak dia tu pembunuh pengamal ilmu hitam. Sambil tu Jwanita ni nyanyi lagu yang dia selalu nyanyi masa kecik masa main nyorok2 dgn adik dia. Biasa masa kecik aku nyanyi camni, Dimana dia anak kambing saya, anak kambing saya ada di dalam hutan. Hahahaa. Tapi dalam movie ni lirik dia lain sikit. Lagu tu nampak seram pulak masa gua tengok cerita ni. Malam tadi gua nyanyi masa main buai kat luar dgn sepupu aku, kena maki. Kahkahh. Takut lettuwwww

Masa dalam wayang pulak kemain si Tyra nyorok belakang bahu aku then bila aku mengesot dia tutup muka pakai popcorn kekekeeee. Pastu gua kata, kau pahal ni? Dia balas, aku takoottt ko tau tak?? K. A movie which can make my Tyra takut is a really a horror movie hahahahaa. Tyra cakap, kau apasal macam takde perasaan tengok cerita macam ni? Aku tengok kau tak terkejut pun. Hahahh. Engko tak tengok muka aku masa nengok Sinister 2. Terkejut beruk sorang2 dalam wayang tuu tauuu.

..........................................

Keluar je wayang aku tanya Tyra. Kau nak bagi berapa bintang cite ni? Aku nak tulis kat blog. Hahah. Dia kata, "aku bagi 8/10. bapakkkk ah seram siak cite ni"
Yaaa. Aku mmg nampak keseraman tu melalui muka kauu babe. Nampak sangatttt. Hahahahahaa

Cerita seram psycho memang best! Aku mcm pernah baca, cerita ni ambik masa 3 tahun nak siap sbb pengarah dia betul2 nak buat movie ni seram psycho yang ada "feel" gituhhh. Gua baca kat gossip panas kot tak silap. Tapi serius talk, berbaloi tengok cite ni. Best gilaa.

Cuma. Part api yang last tu je nampak macam sangat tak real. Tuu jek laa. Lain lain aku rasa okay je. Part Maya Karin makan apa ntah dari badan mayat dengan darah darah tuu memang nampak real. Geli pulak aku tengok sambil makan popcorn.

Gua bagi 8.5/10 untuk cerita ni! Support lah movie Malaysia yaa kawan kawan! Yang penting uolssss jangan lupaa tengok cerita ni sebab lakonan Maya Karin dan semua pelakon cerita ni mmg super duper mantap dan berkesan! Darah dia pun nampak real. Macam darah dalam Wrong Turn gituuhhh real diaa hahahaa.

Jangan lupaaa tengokkk tauuu tauuu!


Me selepas beli ticket dan ada masa satu jam untuk makan dan mencuci mata di mall tuu. Kiteorg makan kat kedai makan yang bertemakan masakan thailand. Rasa tomyam dia? Fuhh daebakkkk!!! Tak silap aku nama kedai tu Aslan Thailand Food kot. Kot lah sbb aku pandang sekali lalu jaa hihi

My beloved cousin aka my bff  aka my partner in gossiping aka my driver aka my counsellor hahaha. 

Bihun tomyam untuk saya dan mee tomyam untuk Tyra. And for desert is Pulut Mangga.
Bihun/Mee Tomyam: Rm6
Pulut Mangga small size: Rm6
Kalau large size: Rm9

Sedap pulut mangga diaaa. Banyak pun banyakkk. Mangga dia pun manisss sedappp je masuk mulut akuu hahahaa. Tomyam dia pun sedap. Tomyam is my feveret food. Sedap gilaaaaa tomyam. Tyra punya kuah tomyam pun gua yang perabissss. Kahkahh

Gua nak review kat mana boleh beli towel mandi saiz besar selesa dan berkualiti dalam entry akan datang. Hihihh. Bukan tu je. Siap boleh buat selimut lagi sbb ianya tebal dan saiz bawah smpai bawah lutut! Best kan? Wait aaaaaa upcoming entry

For those yang tak join lagi my GA, silaaa laa join yaaa. Banyak hadiah menarik menanti anda. Klik SINI untuk join.

Sampai sini. Jumpa lagi entry akan datang. Tataaaaa dan assalamualaikum!




Reasons why I stop playing COC


Assalamualaikum kepada peminat game COC dan juga kepada yang tidak meminatinya langsung. Kekekke. Anda tergolong kategori yang mana?

Coc is the best game seriously! I'm saying because I already play the coc with joys and tears hahahaha. Then I stopped and uninstalled maybe because I'm too much fed up when I don't online 24 hours per day and people love to cilok my elixir especially my dark elixir!! Fuhhhhfuh. Gerammm titewww

And because I am a girl then aku ada sedikit rasa malu dan aku sangat tak suka bila kawan lelaki seperjuangan dalam game ni ajak aku join clan mereka sbb aku macam awkward dan maluku sebegitu menggunung gituhhh. Lagi-lagi masa aku tengah bukak game tu dalam kelas then terlupa nak off sound game tu. Demmit opkos satu kelas dengar! Maluuuuuuuuuuuu

Heres some reasons why I stop playing coc. Kukuh enough for me to uninstalled the game. Hahaa

1. Storage tak muat nak menanggung berat para pejuang yang meningkat hari ke hari demi mempertahankan kampung halaman.
2. I cant concentrate during my kuiz, midterm and class also. Lagi-lagi masa ada war. Aku stay sampai tiga pagi gara-gara game ni sebab ada war masa tu. Padahalnya esok pukul lapan pagi ada kuiz and I dont study hard pon sbb sebokkan game tu punya pasal.
3. Duit habis beli topup sebab coc kena ada internet untuk main. Well lagi kesian sbb aku guna digi dan digi dahlah kuat makan data. Bila asyik bukak fb twitter insta then tau tau je kuota dah habis. Then gua pun memalam pergi blok bawah sbb nak topup because the coc. Rajinnn
4. Stress. Yaa the game really stress me out. Even it bring happiness when mata piala naik, tapi ianya sangat mendukacitakan bila harta benda dan elixir kau dikebas orang. Lagi2 bila gua dua tiga hari tak online sbb exam dan tak topup menjadi-jadi orang attack kampung. Sebagai ketua kampung, opkos darah gua mendidih menyirap melihatnya. 
5. Dark elixir selalu kena curik. Hah ni memang selalu buat aku merana. Dark elixir palat woooo nak kumpul! Tetiba kena curik sekali banyak mmg mengguris perasaan betul.
6. Kurang bakat dalam pertahanan dan strategi. Yaa. Ni pun salah satu sbb jugak. Dulu aku pernah join satu clan ni. Clan omputeh. Bukan nak berlagak tapi iolss suka join clan yang org tak kenal aku. Nasib baik org dlm tuu baik belaka ajar aku itu ini. Paling penting, you must lure them out and kill the troops first because you never know what they have! Entah2 dragon level tinggi kuiikuiiii redhoooo jekkk laa lagi lagi masa aku guna troops cikai. Kampung gua pun tak sebegitu upgrade nau. Jadi sbb rasa rendah diri maka aku pun malas nak main lagi hahaha.

But actually the main reasons sbb storage gua tak cukup jee. Kahkah. Yang lain-lain tuu faktor tambahan yang menguatkan lagi perasaan aku untuk uninstalled. Tapi chill laaaa. Ianya tersave dengan selamat sbb gua connected dgn google play hiikhik. Jadi akan dtg kalau aku install balik, ada jeeeeee kampung halaman gua yang terbengkalai tuhhh. Dah mati semua pejuang agaknya. 


So for those who play coc, fightingggggggg!!!!!












Segmen Ucing Nak Url

http://ucingkadayan.blogspot.com/2015/09/segmen-ucing-nak-url.html
 Ucing Kadayan


Assalamualaikum. Jom join segmen ni. Klik lelaju kat banner comel di atas! Hiihi.
Sambil-sambil tuuu jemput join Giveaway yang saya anjurkan yaa. Banyak hadiah-hadiah best menanti anda! Ada bawal crepe ada shiseido ada contact lens ada tudung ruffle ada cash rm50 ada photoframe ada shaklee lagi macam macam laa! Join tauuu tau! Klik SINI utk join atau untuk skodeng hadiah yang menanti anda tuu.

Good luck!

Official Music Video Ayda Jebat- Siapa Diriku

Assalamualaikum.
One of my favourite songs; Siapa Diriku by Ayda Jebat. And I actually boleh laaa jugak dikatakan suka kat dia sebab dia bukan je nyanyi sedap tapi pandai berlakon. Kekekee. Gua jatuh cinta masa dia nyanyi lagu hindustan yang dalam cite mann tuuu. Fulamakkkk
Enjoy the video. Tataaa!
Jom join Giveaway MyGraduation Celebration! Click SINI

How To Keep Your Makeup Fresh Without Cost

picture from google


Assalamualaikum.

This is a tips which I found on my twitter. But I dont remember what akaun yang bagi tips ni. So bila aku baca aku just save gambar tersebut dan aku salin tampal kat dinding bilik as a note. Sebab? No need to buy mekap spray! Hahhaaa. Jimat!

But instead of this, aku dah terbiasa cuci muka sebelum nak pakai apa-apa. Sbb muka gua ni boleh dikatakan tak ploles dan bermasalah jugak. Jadik gua cuci siap-siap dulu.

So. How to keep makeup fresh?

-AFTER APPLYING MAKEUP, SPRAY MINERAL WATER ON YOUR FACE AND LET DRY. DO NOT WIPE. MAKEUP WILL STAY LOOKING FRESH LONGER.

Senang kan? Mineral water yeee. Bukan air paip. Kahkahhh. 

Sila laa cuba yaa. No need any cost ponn. Jadi tak rugi apa-apa. Paling tak pun mekap kau luntur jee kalau simbah air banyak sangat. Hahahaa. K. Spray yee bukan simbah air. 

Tips ni kredit to twitter. Sbb twitter mmg rajin kongsi short tips camni kann kann.

Good night!



Pssttt. Jangan lupa join GA kite tauuu! Klik SINI











Me and my broken english

Assalamualaikum.
When it comes to English ni gua always failed at pronunciation dengan grammar. Tunggang terbalik puting beliung halilintar! But still aku peduli apa lantak laaa aku nak jugak tulis english walaupun teraburrrrburbur. Practice makes perfect gituuuu kononnya.
Macam ni haa:
Lebih kurang gituuu laaa kahhkahhh gua pun bukan tahu sangat past tense bagai ni. Tapi takde laaa hongekkk sangat sampai nak tulis TELLED! hahahahaaa
Nah i lanje lagu. Selamat malam semua! Jangan lupa join GIVEAWAY: MY GRADUATION CELEBRATION! Klik SINI untuk join.
Tataaaaa!

HADIAH CONTACT LENS UNTUK DIMENANGI!


ASSALAMUALAIKUM


Aku nak promote salah satu hadiah yang akan dimenangi oleh pemenang GIVEAWAY: MY GRADUATION CELEBRATION! Awak dah join belom? Kalau belom sila join yaaa. Banyak hadiah best tauuu!

Contact lens ini dipsonsor oleh Kak Yana kite yang super comel dan sangat murah hati sebab beliau bukan sahaja nak bagi 3 pair contact lens kat pemenang, tapi beliau jugak nak bagi satu hadiah misteri kepada salah sorang tiga pemenang tersebut. Nak tahu hadiah apa? Tengok gambar kat bawah. Hiihii


So. Uolsss nak yang mana?
Mungkin anda akan dapat box mekap tu.
Atau mungkin eyeshadow?
Atau mungkin brushes?
Heheee. Anda mauuu yang mana satu?
Sila usha Kak Yana yee sebab iolsss pun taktau dia nak kasi yang mana. Nasib baik gua tak boleh join GA sendiri. Kalau takkk aku dah ngorattt Kak Yana Chriszen satuuuu sbb tengok testi banyak betul kata bagus! Jelly titewwww


So. Kalau nak hadiah-hadiah ni, jemput join GIVEAWAY: MY GRADUATION CELEBRATION! yaaa. Tekan SINI untuk join atau skodeng hadiah best yang lain.

Jom kenal kenal dengan Kak Yana yang baik hati sangat ni. Sila-silalah follow beliau sbb beliau ni sangat peramah orangnyaaa tauu!
 BLOG: THEYANAONLY
TWITTER: THEYANAONLY

Taaaataaaa and selamat maghrib!



'Bestie Forever' Segmen Jejak Jutawan Senyap

*Klik gambar untuk join*

ASSALAMUALAIKUM

Segmen yang aku nak join ini adalah dianjurkan oleh ABRARNETWORK.BLOGSPOT.MY. Its a segmen which everyone I think should join tau sbb ianya segmen yang berkaitan dengan kawan baik.

Well. Aku memang suka segmen macam ni.
Walaupun aku bukan pencerita yang baik, tapi aku rasa bila aku menulis, aku menulis dengan sepenuh hati. *kemain
Betul tak tipu. Depan-depan aku pendiam tauuu. Tolonglahhhh percayaaaaaaaa
Hiihii

Kalian perlu pertaruhkan gambar dengan kawan baik. Gambar bersama memang berlambak. Dalam tandas, dalam kelas, nak pergi kelas, nak balik kelas, masa tengah makan, masa dah sudah makan, dalam library (even you shouldnt take a picture dlm library hahaha) tapiiiii, gambar di bawah adalah gambar paling aku cinta ter paling sekali. 

K. Dalam penulisan bahasa melayu, perkataan ter, paling dan sekali tidak boleh digunakan dalam satu ayat yaaaa. Gua dulu cita-cita nak jadi cikgu bm tak kesampaian bila tak dapat masuk Upsi. Terus u turn ambik law. Kahkahh




Gambar ini diambil pada hari terakhir semester enam, iaitu semester akhir. Senang cite, lepas gambar ni diambil, kiteorg cuma jumpa balik untuk uruskan hal-hal konvo dan berhenti kolej. Sadis. Gua nangis depan fakulti masa ni. Ni semua cocot punya pasal. Dia nangis dulu. Aku kan cengeng. Maka aku pun nangis sama. Pffttt

........................................................................

RRAI, FIZA, SHAFA, SHASHA (cocot)
Empat orang manusia yang kalau pergi mana-mana mesti sama-sama dan yang paling over masa buat presentation sbb bila kiteorang present, mesti pakai baju sama, tudung sama kaler, slideshow over, handout over semuanya lah over. Kenapa aku kata over? Sebab kiteorg selalu buat something different dari orang lain. Yang mana, agak 'mencapap' sikit. Hahahaaaa. Mungkin sbb tu orang senang ingat kiteorang.

Perkenalan yang bermula masa semester dua gara gara rombak kelas, akhirnya kekal utuh menggila sampai hari ini. Mula mula ada jugak tak suka dengan rombak kelas ni. Sbb kami dulu semua beza kelas. Tapi, sampai hari ni aku sangat bersyukur, sbb rombak kelas tu lah buat aku kenal mereka ni.

..........................................................................

Start dari tu, kiteorg selalu buat semua benda sama sama. Present sama sama, buat esaimen sama sama.

Then we always babbling about one day we'll build an empire kaya raya, jadi partnership, perkenalkan produk sendiri and blaablaaablaa berjuta angan angan, We always put a watermark 'stiletto' which is refer to us kat slideshow masa presentation. Kiteorg pernah buat forum, pembentangan perancangan aktiviti 'dancing' merapu yang Miss Nurul bagi untuk suka suka, dan banyak lagi and we used name stiletto tuuu untuk semua kerja-kerja tersebut. When it comes to berangan and merapu, kiteorg memang terer. Terer gilaaa ah wa cakap luu. Kalah kartun disney.

Lepas tu. Wujudlah stilettorianss. Apa stilettorianss? Stilettorianss is four of us. Cuba ko cari hashtag #stilettorianss kat instagram. Nanti bersepah keluar muka kami empat orang.

Kind of over? No. Itulah yang buat kau rasa sayang sangat dengan ikatan persahabatan tu. Sampaikan bila berangan tu, kiteorg selalu planned bukan bukan. Nak buat tudung jenama stilettorianss laa, tu laa ni laa. I enjoy my dreaming time and stupid moment with my stilettorianss. Bukan senang tau nak jumpa orang yang melengkapkan kekurangan diri kita. Aku pemalu, bila aku super shy gila, shafa and cocot come and backup me. And when I'm moody and have a problem, Fiza come and ask me why. When I need something, theyre the first people come to help me. Takkan nak suruh mak aku datang pergi kolej semata-mata benda remeh kan? Masa tulah kau akan tahu siapa kawan baik kau, siapa lawan, siapa awan. Eh? Hahaaa. Awan yang terpiluuuuu gituuu


Kami lagi. Ini candid. Suka gilaaaa si Fiza ketawa sampai nak terjatuh. Hahaha. Even masa-masa hambar pun ada je benda nak dibahankan. Sebab tu aku sayang sangat dengan mereka ni. Theyre perfect for someone like me. Yang tak tahu sangat buat lawak, tak tahu nak bercakap sangat, blur pun ye jugak kadang tu. Yang penting, boleh cover perangai pelupa hakuuuu ni. Tskk tsk


Candid lagi. Dalam banyak banyak gambar ayu senyum sipu, aku paling suka gambar candid. Nampak lagi hidup dengan ekspresi wajah orang dalam gambar. Tak gitu? Hehee





Jejaka tunggal kat atas ni Yen. Atau nama ic dia Nazrin. Orang Penang. We're a group. Untuk subjek undang-undang tanah tak silap aku. Kiteorg kena tubuhkan satu group like a firm dan selesaikan masalah undang-undang yang client kita hadapi. And Yen is our CEO. Memasing konon lawyer ahhh ni. And opkos, firm kami haruslah guna nama stiletto. Dulik apa ada Yen kan. Hahahaa

And we always be the winner dengan mengalahkan firm firm yang lain dlm kelas tuuu hahahaha.

.........................................................................

And.
Pejam celik pejam celik.
Habis tiga tahun.

Habis dah diploma.
Tak payah dah pergi kelas Ustaz Sabree sampai enam petang lagi.
Takde dah lagi esaimen undang-undang.
Tak payah dah buat kes review.

Gembira?
Gila ke tak gembira. Opkos laa! Suka gilaaaa kot. Seronok betul berjaya habiskan diploma. Bersyukur tak terkira bila kami empat-empat pakai selempang merah naik pentas masa konvokesyen day sebab dapat Anugerah Naib Canselor because all of us got dekan empat kali.

Tapi nanti macam mana aku nak jumpa shafa sbb nak share movie baru download. Mcm mana nak jumpa fiza dengan cocot sebab nak mengaypoh ketawa kuat-kuat hilangkan stress duka lara dalam jiwa raga. Kami bukan orang senang yang masing-masing ada transport sendiri maka senang nak jumpa. Susah. 
Jb. Selangor. Melaka.
Masing2 lain negeri.

Aku cuma harap akan ada masa yang mana kami akan luangkan masa sama-sama lagi empat orang. Cuma kami.
Tanpa perlu risau esok pagi punya kelas. Tanpa perlu risau esaimen nak kena submit minggu depan.
Cuma kami empat orang dengan kualiti masa untuk suka riang ria ketawa gembira.

Boleh kan?

..................................................................................

GRADUATION (STILETTORIANSS)
And so we talked all night about the rest of our lives. Where we're gonna be when we turn 25? I keep thinking times will never change? Keep on thinking things will always be the same. No more hanging out cause we're on different track. These memories will keep playing like a film with a great speaker. And i keep thinking of that night in September. I didn't know how much of love. But it came too soon. And there was me and you. 
Will we think about tomorrow like we think about now? Can we survive it out there? Can we make it some how? I guess, I thought that this would never end. 
So, if we get the big jobs. And we make the big money. When we look back now will our jokes still be funny? Will we still remember everything? Assignment? Inside jokes and our beautiful craziest nights. Still be trying to break every single rule? 
I keep thinking that it's not goodbye, please girls keep on thinking it's time to fly. And this is how it feels. As we go on, we remember all the times we had together. And as our lives change. Come whatever. We will still be friends forever. 
Stilettorianss, I love you! Congratulations Stilettorianss sebab salah satunya mission kita berempat untuk dapat Anugerah Naib Canselor dah pun tercapai. Terima Kasih ya Allah, Keluarga, Tenaga Pengajar dan sahabat yang pernah berkerjasama dengan kami.



And I'm crying after read Cocot punya gambar dan caption kat instagram. Baru tadi dia upload. Orang keras hati kepala batu macam aku, bila benda macam gini, tak tipu, aku tetap cengeng jugak. Kalah.

................................................................................

Cocot, Shafa, Fiza sayang,
Terima kasih tidak terhingga untuk bersama masa susah senang duka gembira. Terima kasih untuk jadi orang pertama hari-hari tanya, "Rrai dah makan? Rrai dah breakfast? Rrai nak beli makanan tak? Rrai nak kirim apa-apa tak? Rrai, jom makan!"
Aku sangat sangat sangat hargai masa-masa kita luangkan dulu. Serius, moment-moment itulah nanti yang aku akan kenang bila rindu. 
Ingat senang nak jumpa orang yang sanggup tidur tiga empat pagi sama-sama dengan kita tak siap esaimen punya pasal.
Ingat senang nak jumpa orang yang bila dia tengok muka kau je dia tahu kau ada masalah.
Susah tauu.

Walaupun dia bukan boyfriend saya, tapi dia tetap teman saya pergi makan. Belikan sy punya jajan. Tapaukan saya punya makanan.
Sumpah, aku sayang sangat mereka. Sayang tak terhingga. 

Nanti lepas ni mula lah episod kisah rindu kita. Sebab lepas ni kita tak jumpa dah. Tak boleh nak bahan satu sama lain lagi. Tak boleh nak gossip cerita kartun lagi.

Tapi. Hari-hari group wasap kita notification masuk. Nampak sangat kita rindu satu sama lain kan? Hiihi

12.31 am. Aku rasa dah cukup sampai sini penulisan panjang lebar dalam entry ni. Kalau nak cerita pasal stilettorianss, sampai esok pun tak habis. Sbb banyak sangat moment terindah nak disembang. Kalau tulis lagi panjang, lagi mencurah aku punya nangis ni nanti. Besok kena ikut mak g KL. Karang sembab mata orang ingat aku panda zoo negara pulak.

Selamat malam Stilettorianss. Maaf tengahari tadi tak makan sama-sama. Maaf semalam aku tak tanya kau dah makan belum. Maaf, untuk esok esok, aku tak ada berdiri sebelah kau dengan senyum kambing aku tuu. Dan maaf jugak bila aku tak mampu nak ada peluk kau masa kau sedih. Maaf maaf maaf.

Aku akan selalu ada siang malam untuk kalian curahkan segala macam rasa. Aku janji. Aku ada.

Aku sayang kau Cocot.
Aku sayang kau Shafa.
Aku sayang kau Fiza.
Sumpah, sayang sangat.

Tolong jangan lupa aku nanti yaa?

Selamat malam.

Sayang, Rrai.














SIMPLE GIVEAWAY 2.0 BY IZZATI AMIRA

Assalamualaikum w.b.t


Tarikh tutup : 25 15 SEPT 2015

KLIK GAMBAR DI ATAS UNTUK JOIN SIMPLE GIVEAWAY INI

Jom semak rules dulu :

2. Copy code dalam box kat bawah ni dan paste kan dalam entry *select HTML bukan Compose tau*
3. Tajuk entry " Simple Giveaway 2.0 by Izzati Amira "
4. Tinggalkan url entry anda dekat kotak komen entry saya ini.
5. Warga Malaysia sahaja.


Jawapan : 
COOLER LAPTOP.
hikkhik. agak agak betul tak? gua sedang taip dengan lajunya sambil peluh menitik di dahi sbb panas baru lepas iron baju. Satgi nak g mandi laju laju sbb nak p kedai ambik gambar konvo. *tak sudah sudahhhh dengan konvo kau ni Rrai! hahaha
Jom join GA sempena aku punya konvo. Klik SINI
Join tauuuuu!

Sekian , terima kasih.


BROOCH Mini Giveaway


Tarikh tamat 22 september 2015

JOM JOIN GIVEAWAY: MY GRADUATION CELEBRATION! CLICK SINI
ADA HADIAH BAWAL CREPE, TUDUNG HANDMADE, LIPGLOSS, YAASIN, EBOOK, CASH RM50, CONTACT LENS DAN MACAM MACAM LAGI. SEMUA BEST BEST! JANGAN LUPA JOIN TAUU!

SHAWL GIVEAWAY BY MELODI CINTA KITA


TAG TO: SATU, DUA, TIGA, EMPAT, LIMA

NOTE : JIKA PENYERTAAN KURANG DARI 30PENYERTAAN PADA TARIKH TAMAT GIVEAWAY, AUTOMATIK GIVEAWAY NI CANCEL !!

SO. JOM JOIN JOMMMMMMM


KALAU BELUM JOIN GA YANG SAYA ANJURKAN, SILA JOIN YAAA. JANGAN MALU JANGAN SEGAN. HIIHIII. CLICK SINI SEBELUM HADIAH ANDA DISAMBAR ORANG. BANYAK SGT HADIAH BEST MENANTI! SPONSOR GA KITE MMG BESTTTTT!!!



Giveway Women Desire By Intan

"Women Desire Giveaway!
Due Date 24 September 2015
Berita Baik buat Wanita yang PENTINGKAN Kecantikan Diri secara Dalaman & juga Luaran tentunya..... Kami di Intan Beauty Centre telah menganjurkan 1 Giveaway buat anda bermula dari 10th - 24th September 2015 ....


Hadiah yang kami tawarkan adalah seperti di bawah
Jom cuci mata sikit

5 x Pemenang Bertuah
FREE Combo Women Desire
Jom ramai-ramai kita join bagi memeriahkan lagi GIVEAWAY ini...

Ini merupakan 1st Giveaway ini dilancarkan oleh Intan Beauty Centre dan di sponser oleh Women Desire Kuala Lumpur


** Untuk lihat senarai peserta kat SINI

*** Untuk lihat senarai hadiah kat SINI

*Nota Kecil : Please tag and ajak kawan-kawan korang join sekali tau 


--------------------------------------------------------------------------------------------------
Thanks korang. Harap Giveaway kali ni mendapat sambutan 
I love u all 
 
Terima kasih kepada Sponser yang sudi menaja 1st Giveaway by Intan Beauty Centre ini

Az Zahin Turns 5 Giveaway by sihatcomelceria.com


JOM JOIN! HAPPY BIRTHDAY AZ ZAHIN! MOGA DILINDUNGI ALLAH DUNIA AKHIRAT YAA. BTW COMEL BANNER DIAAA! KANN KAN?

Tempohnya ialah dari 4 September hingga 26 September (Az Zahin's birthday)!


JOM JOIN GA SAYA PULAK JOM! KLIK SINI

TATAAA AND GOOD LUCK!



Pencarian Bloglist Nurfuzie Dot Com #1


Berlangsung selama 4 hari
15 September 2015 ( Jam 00.01)-18 September 2015 (Jam 2359)

Iolss nak ajak join pencarian bloglist nurfuzie.com ni. Beliau adalah salah seorang sponsor Giveaway saya. Nak tahu beliau sponsor apa? Meh click SINI. Dah click tuuu jemput jemput lerr join ye. Bukan jemput jemput makanan tuu. Hahah.

Hari ni kemain tiga entry join ga sekaligus. Yelahhh gua rasa gua sorang je ketinggalan zaman sbb busy dgn konvo hari tu dan lepas tu ada pulak bbq family dekat rumah makcik. Nak buat entry kambing panggang pun tak nyempat nyempat. Hahahaa. 


Ni haaa GA kitewww. Klik banner untuk maklumat lanjut. Sila join yaaaa kawan kawan kakak kakak abang adik dato datin hahahaa. 

Tataaaa!







The Baker's Cottage Mooncake Giveaway By Ayuni Rafilah



Hadiah: 
Kek bulan The Baker's Cottage (180 gm) x 3 pemenang terpilih

Tarikh giveaway:
12/9/2015 - 21/9/2015
 JOM JOIN! HADIAH DIA MAKANANNNNNNNNN YOOOOO. I LIKE MAKANAN! HAHAHAHAA
KLIK BANNER LELAJU SEBELUM KEK BULAN ANDA DISAMBAR ORANG!

.......................................................

Ni pulak Giveaway yang aku anjurkan. Jemput lahh join yaa jangan segan silu. Hikkhik

CLICK BANNER UNTUK JOIN ATAU MENGETAHUI HADIAH HADIAH BEST YANG MENANTI ANDA! JANGAN LUPA JOIN TAUUUUU



GOOD LUCK!