Friday, 11 December 2015

TUTORIAL: Letak Online Users Dalam Blog | Ketahui Jumlah Pengunjung Blog Yang Datang


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Tutorial ini dibuat sebab ada blogger comel tanya saya di cbox macam mana nak letak online users ni kat blog. Apa online users ni? Cuba tengok kat gambar di bawah. Nampak tak 3 online users tu? Maknanya ada 3 orang sedang terjah blog saya. Kalau korang letak online users ni, korang boleh tahu pada masa yg sama korang bkk blog tu ada tak org lain yg tengah baca blog korang.


Okay. Jom tengok macam mana nak buat online users ni. Based on gambar yaa, kalau tak nampak boleh klik untuk tumbesaran. 

Pertama sekali, pergi kat laman web ni>> http://www.freeonlineusers.com/
Yang aku merahkan kat atas tu kalau korang dah pernah sign up. So boleh terus letak email dan password korang. Kalau belum pernah sign up, sila lah sign up dulu yee. Klik kat Sin Up yg aku merahkan dalam gambar kat bawah ni.


Then akan keluar mcm ni. Korang setelkan hal-hal sign up ni dulu yee. Isi apa dia mintak tuu.


Lepas berjaya sign up, korang kena log in masuk. Lepas log in tu tekan kat Link Codes mcm dalam gambar kat bawah ni. See? Akan keluar macam tu. Klik kat gambar mcm internet explorer yg aku merahkan tu. Then. Add url blog korang.

Lepas tu. Akan keluar mcm gambar kat bawah ni. Korang pilih sendiri kaler apa korang nak tulisan tu dan perkataan online users tu korang boleh gantikan dengan ayat lain. Contoh:
budak comel makan coklat
skodeng blog
Dan. Apabila korang letak kat blog nanti, dia akan jadi macam ni,
1 budak comel makan coklat
1 skodeng blog
Siap jee korang click kat generate code.


Code ni korang copy dan boleh letak kat blog. Macam aku, aku suka letak kat sidebar je. Hiihi. Kalau untuk centerkan benda alah ni korang just tambah kod <center> kat sebelum dan selepas kod di bawah ni yaa.


Harap entry ini membantu. Taataa!




6 comments:

  1. Wah Rai. Membantu sangat tutorial ni. Thank you dear ^_^

    ReplyDelete
  2. Thanks for this tutorial. Will try it later :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih adik kongsi tutorial ni..

    ReplyDelete
  4. thank you very much! i hope i can do it! :)

    ReplyDelete
  5. dah cuba, menjadi..tapi kenapa tak centre?help me T.T

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.