Teori Sudu untuk tahu kandungan merkuri dalam suatu produk? Betul atau tidak?

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA
Baru-baru ni aku ada baca seorang blogger post berkenaan cara nak uji produk kita gunakan ada merkuri atau tak dengan letakkan sikit kat sudu dan cucuh atas api. Aku pernah dengar pasal ni dulu. Tapi takde terdetik pun nak cuba. Tapi entahlah kenapa pintu hati aku terbukak pulak nak pergi membako sudu mak aku kt dapo kemarin kekekekee. Semalam pun blogger Along Misuari ada pos berkenaan bahaya produk yang mempunyai merkuri ni. Selepas aku selesai eksperimen tu, gigih jugak aku research pasal ni sebab aku nak tahu sape lagi yg buat eksperimen macam aku ni, sejauh mana kesahihannya, betul ke teori sudu ni, hitam ke tak lepas dia cuba. Maklumlah, aku mmg tak berilmu sangat bab-bab macam ni. Kahkahh.

K. kat bawah ni antara yang aku copy dari mereka, kebanyakannya cakap yang sama. Maka dengan ini aku rasa barangkali benar la kot teori sudu ni hehehh.

"Cara nk check ada merkuri or tak, 1. Letakkan sabun muka atas sudu. 2. Layurkan atas api dapur gas or api apa apa sajalah . Hehe jika sabun cair dan bertukar menjadi warna hitam, maknanya ada bahan kimia, jika sabun cair dan tidak bertukar warna, maknanya bebas kimia dan ianya selamat. Saya dah cuba dan sabun saya ternyata ada kimia. Selamat mencuba :)) so saya terus stop dan mencari pencuci muka organik dan bebas kimia. anda juga boleh dapatkan sabun organik yang bebas kimia di FACE SHOP. "

"Baru baru ni viral pasal cara macam mana nak test produk kecantikan kita tu ada merkuri ke tak? ha macam mana caranya? Mudah je, cuma ambil sudu besi, kemudian letak sedikit produk keatas sudu dan bakar (cucuh atas api dapur) . Kemudian tengok perubahan pada cecair tu, terbakar atau pun tidak? Merkuri ni sifatnya macam serbuk warna silver, so bila kita bakar sabun atau produk tu , merkuri akan muncul semula dan produk tu akan bertukar warna. Kalau tak ada kehadiran merkuri, ia akan kekal dengan warna asal, tak terjejas pun."

"Kalau korang perasan yang menjadi viral kat facebook tu. Dorang tuang cleanser atau sabun kat sudu. Then dorang bakar. Sifat merkuri kalau korang nak tau dia macam serbuk bewarna silver. So bila kita bakar sabun tu, merkuri akan muncul semula, sabun tu pun bertukar warna. Gitu. kalau tak ada merkuri, sabun tu tak berubah warna. "


"Sejak minggu lepas viral kat facebook cara cek produk yang menggunakan merkuri atau tak. Ada produk memang lulus KKM, tapi diam2 letak merkuri. Korang boleh buat eksperimen sendiri kat rumah. Letak sedikit cleanser atas sudu, then panaskan. Tgk la kalau berbuih hitam mcm gambar kiri, maksudnya pepahamlah. Kalau tiada merkuri, warna buihnya xberubah, so safe lah pencuci muka anda. Ok uolls. Selamat bereksperimen."

"Then, terpandang cara nak tau product yang kite pakai tuh ade mercury ke tak kat twitter. Aku pon try la bakar sabun pencuci muka dalam sudu.. And result dye.. Hitam yang amat! Hitam tuh tandanya memang ade mercury.. Korang boleh cube untuk check apa-ape jenis je produk yang korang pakai. Just letak dalam sudu, then bakar. Tak yah letak air ke pape."

"Cara mudah macam mana nak tau produk tu ada kandungan mercuri ialah: Sapukan cincin emas (pastikan yang tulen) dengan krim yang kiter nak test tu. Gosok-gosok la cincin dengan krim tu. Kalau produk tu bermercury, krim tu akan bertukar menjadi warna kelabu. Semakin gelap warna yang terhasil, semakin banyak mercury yang digunakan."

Ada yang kata pakai emas. Tapi aku ada baca, ada yang buat tu cincin emas dia jadi warna kelabu dan kalau nak hilangkan, kena g cuci kat kedai. Leceh. Maka aku abaikan teori emas tu dan test teori sudu ni. Resultnya? Kalian lihat sendiri dan tentukan.


Pencuci muka jenama A

Pencuci muka jenama B

Pencuci muka Safi

Pencuci muka Fair&Lovely Anti Marks [gua pakai ni sekarang]

I was so speechless when I saw Safi and Fair &Lovely tak berubah warna hitam bahkan selepas dia berbuih, warnanya tetap jernih mcm tu. Berbeza dgn pencuci A dan B, selepas berbuih, dia tukar jadi warna hitam. Serius weyh. Geli aku. Gambar-gambar kat atas ni semua aku tak edit dan tak letak filter yaa. Disebabkan kualiti gambar aku tak berapa nak lawa, jadi bila flash dia jadi mcm tu pulak gambarnya. Golapp kat belakang hahahaa. Maklumlah henpon murahan.

Pencuci muka A tu aku baru je stop guna. Skincare ni aku pakai lama laa jugak. Berkotak-kotak aku guna. Tapi bila aku ada jerawat, dia tak hilangkan jerawat aku, cuma kurangkan dan prevent jerawat tu jadi lebih teruk je. Sbb tu aku stop dan sejak2 aku pemalas nak pakai produk yang memerlukan aku utk pakai krim malam, krim siang, toner dan serum bagai ni maka aku ambil keputusan untuk pakai fair&lovely jek. Kahkah. Apa laa perangai. Aku pakai pencuci muka jee skank. Takde pakai toner serum krim malam bagai. Malas weyh. Aku skank malas nak pergi bangun cuci muka, pakai krim dulu sebelum tidur. Pakai pencuci muka je sebagai skincare. Hehehh

Jenama B tu aku pernah pakai sekotak jee. Okay mmg okay. Cuma aku rasa night cream dia je yg bagus. Sabun dgn krim siang dia takdelah best pon. Krim siang dia kesat gilaa nak apply kat muka aku hahahaha. Pakai BB cream nurul's beauty resources yang Kak Fiza jual lagi best.

Aku taknak mention pun A dan B ni jenama apa. Sebab serik baca owner produk A ni bising2 bila ada org uji produk dia pakai cincin emas tu jadi warna lain dan ramai lah penyokongnya yang mempertahankan produk A ni sbb dia pakai selama ni okay jee ploles je muka. Namun, berdasarkan pembacaan aku, ada sorang ni dia sakit sbb pakai produk yg ada merkuri utk tempoh yang lama sbb dia pakai produk tu bagus dan cantik bagi dia. Tapi effect produk tu sampai dalaman yang rosak.

Aku pun takdelah seratus peratus nak percaya dengan teori sudu ni. Tapi rasanya tak salah kalau aku ambil langkah berjaga-jaga. Sebab muka ni kita nak pakai lama. Sebolehnya elakkan jelaa pakai produk berbahaya ni. Cuba bayangkan, selama ni benda alah hitam tu kita sapu dan meresap kat muka. Euuuwwwwww

"Tapi kan. Bukan semua benda kalau kita bakar jadi hitam ke?"
Persoalan ni menjelma bila aku asyik fikir pasal ni. But then I remember, kenapa safi dengan fair&lovely tak hitam? So maknanya betul la teori sudu ni?

Ahh kompius aku. Betul ke tak betul ke yang penting skincare aku pakai sekarang putih murni suci jernih. Korang rasa betul ke pasal teori sudu ni? Aku masih 50-50 nak percaya walaupun eksperimen telah aku lakukan. Kahkahh

Cuba share skincare korang pakai sekarang. Kalau okay mana tahu aku boleh try hiihii

Taataaa!



35 comments:

  1. tq for the info sis :)

    messarah.blogspot.comm

    ReplyDelete
  2. alamak nnt qila kena cuba ni T_T
    huhu thank u so much sis raiiii <3
    next pencuci qila guna safi lah hihi

    ReplyDelete
  3. Ouhhh baru tahu.. Kene test gak leoas nii

    ReplyDelete
  4. Pernah baca pasal ni sebelum ni. Ada yg kata tak betul. Tapi apa salahnya mencuba kan? :)

    ReplyDelete
  5. Sab pun pernah baca pasal teori ni. Ada pihak yang bash teori ni (maybe sbb sabun diorg hitam kot bila buat teori ni), diorg cakap kalau test pakai api, memang la hitam sebab dia kena la ikut tahap kepanasan yang sesuai dgn bahan dalam sabun tu. Apa2 pun Sab tetap setia dengan Safi dulu kini dan selamanya yang diyakini halal lagi. Hehe*panjang pula komennya

    ReplyDelete
  6. Lama dah tak pakai pencuci muka..huhu..sebab last time alergik terus stop pakai produk muka

    ReplyDelete
  7. As salam..
    Tergerak nak baca dan nama AM disebut2..

    Sekarang ada macam2 produk kecantikan dipasaran dan ada juga produk yang menjanjikan muka putih dan gebu hanya dalam masa singkat.

    TETAPI...AWAS!!!

    Produk yang memberi kesan yang cepat mempunyai bahan kimia yang berbahaya seperti merkuri. Merkuri tidak memberi kesan pada jangka maa yang pendek tapi jangka masa panjang akan nampak kesan yang teruk.

    Boleh baca info Bahaya Merkuri

    Follow blog AlongMisuari

    Berminat menjana RM2400 sehari??? KLIK SINI

    Terima Kasih
    AlongMisuari

    ReplyDelete
  8. okay. i pon ada cuba bakar beberapa sabun. mcm sabun dnars, sebamed, safi trilogi. semua sabun ni mmg mengeluarkan bau kimia and hitam sgt after bakar tu.. then i bakar cleanser cosmoderm. thts was great! xberubah warna and takde bau..

    ReplyDelete
  9. Sy pakai skincare mermaid.. Tested atas api by founder sendiri.. Alhamdulillah.. X berubah warna.. Just bgtau jer.. Nak cuba, silakan 😊

    ReplyDelete
  10. Furaiha skincare tak berubah wàrna�� dibuat dri bhn organik iaitu makanan sunnah..wsp 0139365876 kàlau nk tau lebih lanjut

    ReplyDelete
  11. Sy dah cuba produk kecantikan sy..
    Haha..syukur tdk berubah warna memang dibuat dari bahan natural lah..

    ReplyDelete
  12. Sy dah cuba produk kecantikan sy..
    Haha..syukur tdk berubah warna memang dibuat dari bahan natural lah..

    ReplyDelete
  13. saya dah cuba produk saya alhamdulillah tak der mercury . . 😍

    ReplyDelete
  14. Terima Kasih banyak atas sarannya, saya akan tunggu lagi informasi menarik lainnya
    salam
    Nu Amoorea Stem cell
    Nu Amoorea Beauty Plus Bar

    ReplyDelete
  15. empat2 sudu tu awk test??? so cmne... mak awk bising x sudu dye berkurang... ekekeke

    ReplyDelete
  16. Safi yang awk pakai tu safi ape?boleh tau x

    ReplyDelete
  17. Sy ada cuba dekat produk karisma, mmg tak tukar wrna hitam tp bau dia kuat sgt, smpai sy rasa sakit kepala. Ok ke mcm tu?

    ReplyDelete
  18. Tati sapa penah test guna sudu ekk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru je test guna sudu ni and dia punya cleanser berubah jadi warna hitam . Maksudnya mmg betullah tati ni ada mercury

      Delete
    2. Saya. Hitam saya try cucuh atas api. Bau dia ya allah kuat gila. Bau kimiaa, mcm bau besi gituu, Sis try laa buat. Srs taknk pakai dah. Nk stopp.

      Delete
    3. tapi saya buat kenapa oky ja semua ekk yang tati tu

      Delete
    4. satinskinz agak2 okay tak skincare dia ?

      Delete
    5. Kalau nk check krim dia cm mana.

      Delete
    6. sy dh cuba semua satu set tati...xde plak jadi hitam..semua mantain je..camne tu...

      Delete
  19. saya dah tak test utk sabun dnars set normal . sabun beras dan sabun kolagen tu. dua2 sabun mmg hitam teruk. tjen saya stop guna sabun dnars. krim siang malam dnars pun saya try juga tapi takde apa2 perubahan. so sy guna krim siang mlm dnars je. sabun je tak guna. kata org teori ni tak betul. tp tak salah kalau nak avoid guna produk mcm ni drpd terus muka jahanam utk kesan yg lebih panjang.

    ReplyDelete
  20. Terima kasih atas info yang diberikan. Saya dah cuba buat eksperimen ni. Alhamdulillah sabun pencuci muka alhaura hanya berbuih dan tidak berubah warna..Rasa selamat untuk guna dan jual.. Jom test sabun pencuci muka anda.. Jika berminat mencuba produk alhaura beauty boleh ws 0145147421..tq

    ReplyDelete
  21. Terima kasih atas info yang diberikan.izin share boleh?
    Saya dah cuba buat eksperimen ni. Alhamdulillah sabun pencuci muka alhaura hanya berbuih dan tidak berubah warna..Rasa selamat untuk guna dan jual.. Jom test sabun pencuci muka anda.. Jika berminat mencuba produk alhaura beauty boleh ws 0145147421..tq

    ReplyDelete
  22. Sy just try utk few sabun muka..sebenarnya nk buang tp gatai tgn test bakar..ada 3 sabun utk 3 produk melantun bau dia n hitam...huhu scary..seb bek skrg dh tukar safi gamat..sgt sesuai utk saya.. serik dah nk peloles2 ni..

    ReplyDelete
  23. Hai...saya guna skin care lasoul.. 😍😍😍
    100% organik.
    Nak try blh je contac 0149552120

    ReplyDelete
  24. Sape pernah try dgn deeja kosmetik??

    ReplyDelete
  25. Sape y pernah try buat eksperimen tu kt deeja..??reply ea..

    ReplyDelete
  26. Tq for sharing... Now sya gunakan skincare forever living sbb dlu ada maslah skin kusam, alhamdullilah dah 4 tahun guna produk ni sgat puas hati, sangat organik dan bahan asas adalah aloe vera... Ada yang nak cuba wssp sini ye 0134891701😊

    ReplyDelete
  27. Tq for sharing... Now sya gunakan skincare forever living sbb dlu ada maslah skin kusam, alhamdullilah dah 4 tahun guna produk ni sgat puas hati, sangat organik dan bahan asas adalah aloe vera... Ada yang nak cuba wssp sini ye 0134891701😊

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.