TEMPLATE DENIM PURPLE untuk dijual [RM10 sahaja]

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Aku ada berita baik dan tak baik untuk dikongsikan bersama kalian. Berita baik, aku ada template denim warna purple baru disiapkan untuk diberikan kepada kalian. Yang tak baiknya, kali ni ia bukan percuma tapi aku nak jual dengan harga RM10 je. Yaa. Cuma RM10 sahaja. Kalau uols nak template denim free boleh tengok kat SINI. Aku ada buat satu.

Untuk tengok gambar penuh, lihat gambar di bawah. Macam tu laa template denim purple tu. Kalau nak lihat secara penuh dan godek godek hover sana sini kat template tu boleh bukak blog aku yang lagi satu: http://bloguntuktesttemplatebarugua.blogspot.my/

Aku dah public reader. Biasa aku private sbb blog tu utk aku edit template baru. Heheh. Kandungan post dan sidebar content semua aku ambik code blog aku ni. Senang aku nak usha ketaksamaan dan ketakserasian bila aku apply kat blog original. So takyah ler tinggal komen pulak sbb takde sape baca nnti kahkahh.

......................................................




Antara ciri-ciri template tu yang telah diedit adalah:
-header
-background
-post title
-sidebar title
-post footer
-footer bawah blog
-link hover (double dashed)
-image hover (pusing 360 darjah dan jadi bulat)
-post blockquote (hover)
-warna highlight (purple)
-scroll bar (background purple stripes)*biasa kalau guna chrome jek boleh nampak scroll bar yang telah diedit. kalau guna explorer dll rasanya tak nampak.
-gambar bagi older post, newer post dan home

*Aku akan berikan sekali header yang kosong tanpa tulisan [hanya gambar doodle sahaja] dan yang kosong [tanpa doodle] supaya kalian boleh design header sendiri ikut citarasa kalian*
............................................................

Why purple? Sebab dulu masa aku bukak order header secara percuma, ramai yang mintak buatkan kaler purple. Jadi aku assume purple adalah warna yang majoriti suka. Hehehe. Plus, lama lama aku rasa kaler purple ni cute gak ekh?

Aku sebenarnya nak jadikan template ni sebagai freebies. Tapi mcm nak cuba open dulu sebab bila aku jadikan freebies, ia dah tak jadi official design of your blog lagi. Nanti ada yg guna template sama dengan kita sebab well nama pun freebies everyone is freely to use it right. Jadi kalau tiada siapa nak, baru aku jadikan freebies dan semua pengunjung blog aku bebas untuk guna. Semua freebies template dan template denim purple ni takde watermark, design by aku blablablaa tu semua k. Kredit dalam template pun aku takde letak.

Kalau ada sesiapa berminat boleh wassap aku di 019-6373 924
atau
email aku di vendettatraveller@gmail.com

Pembayaran adalah melalui bank in ke akaun aku ya. K TQ!

6 comments:

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.