Follow Us @soratemplates

Friday, 11 December 2015

Pentingnya review oleh Blogger


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Untuk entry kali ini aku nak potpet pasal kepentingan review yang dilakukan oleh blogger. Yaa. Blogger. Bukan review di IG shop instagram tu yaa. Bagi aku, review yang dilakukan oleh blogger memang akan 'ada orang cari'. Ini pendapat aku lah. Korang boleh nyatakan korang setuju atau tak dengan kenyataan aku ni.

Kenapa aku kata penting? Contoh utama aku ambil adalah dari diri aku sendiri. Sebelum aku beli apa-apa produk, aku takkan 100% percaya pada review yang pemilik IG buat. Entahlah. Aku lebih suka baca entry yang blogger buat sebab kebanyakan blogger akan cerita secara details tentang produk tersebut. Kebanyakan barang yg aku beli semua aku akan buat research dulu. Satu satu blog yg keluar kat google tu aku baca. Hari ni, aku buat research pasal krim kunyit. Sebab ada seller ni nak bagi aku cuba secara percuma dan aku ambil keputusan untuk buat review tentang set krim kunyit dan sabun kunyit tersebut sebagai tanda terima kasih aku terhadap beliau. Dan masa nilah aku rasa pentingnya review yang dibuat oleh blogger-blogger ni.

Sebelum-sebelum ni pun bila aku nak beli sabun beras, babies blink, vietnam mask, fair & lovely anti marks, dnars skincare, propolis dherbs tu semua aku research dulu kat blog orang sebelum aku decide nak beli. Kalau majoriti kata okay baru aku beli. So. Uols jangan ingat bayar blogger utk servis review tu tak ada pulangannya yaa. 

Ini pulak pageview antara review yg aku buat. Terkejut jugak aku bila tgk keywords org dtg kat blog aku antaranya sebab movie jwanita dan pasal vietnam mask. Walaupun taklah tinggi mana pageviews ni tapi bagi seorang blogger suam seperti aku angka 1k tu dah kira banyak.



So. Korang kalau nak beli apa-apa korang research dulu takk? Ke main beli je? Hahahaha

K tataaa!





7 comments:

  1. okey laa tuh 1k. leyaa 100 pun tak sampai. sob sob sob hihiihi

    ReplyDelete
  2. Both. Kebiasaannya buat research dulu tapi ada juga masa main beli je. Hehe.

    ReplyDelete
  3. Tinggi nya pageviews Rrai. Sab ni tak pernah sampai 100 pun. Hehe ^_^

    ReplyDelete
  4. @leya yeollyentry ni jee leya. entry lain ciput jee pageview hehehe

    ReplyDelete
  5. @Syaza Raihanahhaha. sy pun kadang dah beli baru buat research.but mostly buat research dulu laaa

    ReplyDelete
  6. @nur sabrinaAlaa sab nanti lama lama tinggi jugak sab.. hihii. Rrai pun takdelah tinggi pun pageview entry2 yg lain tuu. biasa biasa jee..

    ReplyDelete
  7. Kalo saya, sblm beli pape mmg tgk review dulu. review dr sape tu penting jgk ^^

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.