ABOUT POLICY TUTORIAL FREEBIES REVIEW TEMPAHAN

Kontest SEO MYiDEAKiNi.com 2015



ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Sebelum aku mulakan entry ini, pertama sekali aku ingin ucapkan terima kasih kepada www.myideakini.com kerana menganjurkan kontest sebegini yang memberi peluang kepada blogger yang tidak memiliki domain sendiri untuk mempunyai domain idaman mereka. Sebagai blogger, memiliki domain sendiri sudah tentu adalah suatu yang sangat-sangat diinginkan. Memiliki domain sendiri memang sangat aku idamkan sejak dari dulu. Ianya sebagai satu langkah untuk menjenamakan blog ini dan kalau aku dapat tukar domain, ia adalah hadiah paling bermakna untuk blog ni selain daripada aku manjakan blog ni dengan tukar baju berkali-kali tiap tahun hahahaa. Maaflah blogku. Selama ni aku mampu bagi hadiah design baju baru jee kat engko. Nak bagi hadiah domain ku tak mampu lagi kiikiiki.

Sekiranya diberi peluang untuk memiliki domain sendiri, aku berkira-kira untuk tukar kepada bajuwarnacoklat.com atau rrai.com. Secara jujurnya aku sayang dengan nama BAJUWARNACOKLAT ni. Sebab dengan nama inilah kawan-kawan sekolah aku masih ingat kewujudan blog ini dan mereka tinggal type bajuwarnacoklat di carian google dan nah, jumpa laa blog cabok aku ni. Kawan aku pernah kata, nama bajuwarnacoklat ni senang dia nak ingat. Jadi sampai sekarang pun dia ingat lagi nama blog aku.

Tapi. Aku tetap rasa macam mahu menjenamakan blog ini dengan domain nama sendiri. RRAI.COM. Doesnt it sound simple also easy for people to remember? Lagipun kawan aku ramai jugak yang tahu, aku suka eja nama aku dengan double R, RRAI. Sebenarnya orang panggil aku Rai jek. Tapi aku ada beberapa kawan yang pelat R. Jadi mereka akan sebut nama aku, RRRRRAAAIIII. Ada bunyi arrrrrrrr pekat sikit kat situ. Hahahaha. Sebab tu aku eja RRAI kakakaka. Usually when I meet new people, aku akan perati bebetol cemana dia sebut nama aku. Is it Rai or Rrai? Hahahahahaa

Aku mula berblog sejak aku tamat SPM. Tujuan aku berblog ini sebenarnya aku nak cari ramai kawan seluruh negeri kat Malaysia ni dan kongsi info berguna untuk semua orang. Aku jugak semakin merajinkan diri untuk kongsi freebies yang boleh digunakan oleh para blogger untuk blog mereka terutamanya yang baru nak berjinak dalam dunia blog. Dan akhirnya, aku jumpa ramai kawan blogger yang baik hati dan selalu respon bila aku kongsi masalah kat blog ni. They always care when I post about how annoy I feel. Contohnya, masa aku post pasal aku ditipu blogger yang buat GA tapi tak pos hadiah:


Secara tak langsung, aku rasa terjalin ukhwah antara blogger sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim sesama blogger. Yelaa kan, tak semua blogger berpeluang untuk bersua muka. Jadi, tak jumpa empat mata pun kita mampu erat hubungan antara kita. Tak gitu? Kalau secara rasmi ada domain sendiri, aku harap ia jadi inisiatif seterusnya  Kearah Menjalinkan Ukhwah Silaturahim Antara Bloggers.

Rrai.com, does it sound weird or just okay? Or Bajuwarnacoklat.com? Well please pray for me so I can have my own domain yee yee yeee. Heheh. Well. Good luck Rrai!

NAMA DOMAIN PILIHAN: BAJUWARNACOKLAT.COM



15 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Terima kasih atas sokongan & penyertaan...Sila baca ruangan syarat TOP MYUNDi...Hanya syarat itu sahaja yang belum untuk melayakkan ke senarai... Baca dan fahamkan dengan betul yer... Terima kasih..

    ReplyDelete
  2. Sila semak email anda...Terima kasih... :-D

    ReplyDelete
  3. saya sokong bajuwarnacoklat.com ! tapii sedap gak rrai.com, simple dan pendek. senang ingat kot. tapi tapii bajuwarnacoklat orang dah kenal. saya memang kalau nak pergi blog awok terus tulis bajuwarnacoklat. ahhaha.so macam nama tu dah dikenali ramai. atpi kalau nak rrai.com pun boleh.

    arghh eh aku pulak stress nak pilih mana satu haha

    btw goodluck! :D

    ReplyDelete
  4. Good luck Rrai. Makin maju2 la lepas ni.^_^

    ReplyDelete
  5. semoga impian tercapai rrai. akak doakan.. :)

    ReplyDelete
  6. BAJUWARNACOKLAT! Om sokong tau.. good luck rrai...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum rai...hee. knjungan 1st di sini

    ReplyDelete
  8. Good luck Rrai! Hope your dream come true ^_^

    ReplyDelete
  9. rrai.com matang tapi bajuwarnacoklat.com kenangan dan semuanya. btw, good luck~

    ReplyDelete
  10. Salam adik manis..... ;-)

    Akak nak ucapkan semoga berjaya ye... "rrai.com" simple...mudah ...senang... namun bajuwarnacoklat memang akak dah ingat dalam kepala awal2 lagi...tapi tuk akak tukar ke rrai sgt lah mudah jugak... don't worry, ur blog name dedua pun akan ada dlm kepala akak nie selagi Allah izinkan... ;-)

    mana boleh akak lupa org pertama yang sudi buatkan header tuk akak tanpa charge dan hasilnya sgt2 wow buat akak...walaupun akak bukan sapa2 dlm dunia blogging nie... hihihi ;-)

    Selamat berjaya bakal www.rrai.com

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...