Sunday, 8 November 2015

Perangai yang perlu dielakkan bila berniaga online



ASSALAMUALAIKUM.
Zaman sekarang ni, ramai pembeli memilih untuk membeli barang yang mereka mahukan secara online yang mana tidak memerlukan mereka untuk keluar rumah dan start enjin untuk pergi ke shopping mall to get what their want. Tunggu kat rumah jee nanti abang posmen hantar. 

Aku ada jugak berurusan dengan ramai seller dan macam-macam perangai aku jumpa. Maklum ah aku ni mmg stalker tegar bab-bab barang online ni. Kahkahh. Boleh dikatakan muka aku dah selalu sangat gak ah beli2 online ni. Aku ada jumpa seller yg sangat2 peramah, beri tips untuk  produk yg aku beli tu, ada tu yg siap bagi freegift, pesan macam2 untuk kebaikan aku, tapi ada jugak jenis yang apa kejadahnya lahai perangai engko ni ekh geram aku. Haa macam tuu laa lebih kurang perasaan aku kini. *mohon masa baca dalam hati tu buat mimik muka sekali*

Aku ni sebenarnya walaupun seorang yang panas baran tetapi ada masa juga aku merupakan orang yang paling penyabar sekali. *perasan* hm entah gua rasa lah sbb selalunya benda yg org tak sabar, aku bole sabar tapi benda yg org lain sabar, aku langsung tak boleh. Contoh mcm tunggu sampai tiga empat jam dekat bus. Haa gua penyabor k. (tapi kalau Pie yg lambat gua jarang boleh terima kahkahh jahattt aku) Aku punya sabo ni sampai aku bole lagi ckp baik bila seller tu tak reply wassap aku banyak kali, dah bluetick tapi tak balas, dekat dua tiga minggu dia tak pos lagi, alasan dia aku boleh terima tapi perangai tuu sister oi mohon ah jaga. Mak aku siap cakap, suruh dia transfer balik laa duit tu lambat bebenor. Aku tahu sister ni nanti akan pos jugak cuma dia tengah ada hal tu. Tapi bila aku wasap dia tak balas mmg aku rasa lahai sabar jelah mulut aku karang keluar peluru2 bertubi2 baru kau tahu.

So. Aku nak listkan lima perangai seller yg aku jumpa yang aku rasa seller online yg lain patut elakkan. Tolonglah jangan buat gini kat kami sebagai pembeli ni, lagi2 aku ni karang senang je gua label seller ni penipu kebas duit orang. Yelaa, da wassap taknak reply. 

  • TAK BALAS PERTANYAAN CUSTOMER
Kami sebagai customer ni ada hak untuk bertanya macam2 soalan, barang ori ke tidak, barang bila sampai, jenama apa, nak pos bila, apa tracking number dan sebagainya. Bila kita tak tanya barang tu ori ke tak, tuptupp dapat tak ori, kita boleh dipersalahkan sbb seller tu akan kata, "saya tak pernah pun cakap barang ni original". Nampak tak permainan dia? Mungkin ada seller yg akan complain siap update status bagai untuk memerli customer tu sbb banyak tanya soalan kat dia. Tapi. KALAU DIA DAH NYATAKAN DENGAN JELAS DETAILS BARANG DAN SEGALA MAKLUMAT YG CUSTOMER PERLU TAHU/ TRACKING NUMBER DSB DAH TENTU CUSTOMER TAKKAN TANYA AWAK. Takkan tanya pos bila pun nak marah kot? Kalau marah jangan niaga online. Bukak kedai sendiri. So customer datang pick up barang sendiri je. Tak kena pos pos ni.
  • TAK MAKLUMKAN TENTANG POS LAMBAT ATAU DITANGGUHKAN
Aku pernah berurusan dengan seller yg dia langsung tak maklumkan kat aku dia dah pos atau belum dan tuptupp barang smpai depan rumah. I was okay. Then I told her, ingatkan barang ambik masa sehari dua nak siapkan baru pos. Then aku repeat order lagi. Seminggu ko tak sampai. Mana tak aku nervous. Aku tanya dia kata dia tak pos lagi sebenarnya, next week dia pos. Dah smpai next week, dia postpone lagi. Masuk minggu ni, dah minggu ketiga. Aku rasa dia jenis main pos je tak update apa2 kat customer, lambat pos tak bgtau. Sangat sangat membuatkan customer tertunggu-tunggu. Sungguh aku benci seller macam ni. Aku wasap at first tak balas. Second bila aku buat ayat sikit kat dia baru dia balas. Ok. Dia balik kampung aku still boleh terima kenyataan dia. Takpe sabar. Nasib baik aku pernah beli dgn dia. Kalau tak aku dah ngadu kat kamibencikakitipuonline dah tauu. TIGA MINGGU OIIIIIII! Apa lah salahnya maklumkan kat aku ekh. Aku bukan nak makan kau pun kalau lambat. Just inform me. Then I will be okay lah sister.
  • LANGSUNG TAK BERITAHU/ UPDATE TRACKING NUMBER
Bila kau tak update tracking number atau tak beritahu langsung yg barang customer tu dah dipos atau belum, adalah amat mudah untuk dicop sebagai penipu lebih2 lagi bagi customer yg first time beli. Kadang tak bgtau tracking number satu hal, ni lepas tu tak bgtau pun dah pos ke belum. Allahuu. 
  • LAYAN CUSTOMER ASAL BOLEH
Ini kita sebagai customer mmg tak boleh nak elak sbb seller juga manusia biasa yg kena bahagikan masa dengan kerja online dia dengan dia punya personal life. Tapi sebagi customer, adalah suatu yang tak berapa nak sedap bila kita dah bagi details bank in duit sampai beratus, details semua, dia balas K jek. K K K K K K K K K K K K K K!!!!!! 
Secara tak langsung membuatkan aku tertanya-tanya, eh dia ni sebenarnya alert ke tak gua dah bank in duit ni? Haa dah mulaa la aku cuak. Kahkahh
  • SOMBONG
Berurusan dengan seller yang sombong selalu membuatkan aku lebih rela beli dengan seller lain yg mahal sikit harga dia tapi aku dapat layanan yang baik. Sombong-sombong nak g mana yedakk? Orang nak beli pun kau sombong. Setakat balas text jee, kalau jumpa depan2 ni cemana lah agaknya.



So. Uols setuju ke tak dengan apa aku listkan tu? Haa kalau kalian nak tahu, semua kat atas tu datangnya dari seorang seller yg sama. Aku taknak lah cakap dia sapa, dia jual apa ke, tapi serious talk. Tak sampai hati nak memburukkan nama orang. Service, layanan, dia teruk sangat2. Langsung tak balas apa aku wasap, padahal bluetick dah. Dia jenis yg susah nau nak jawab soalan customer ni. Aku tanya dah pos ke belum. Korang rasa? Adakah tak patut untuk aku bertanya langsung? Aku langsung takde call dia weyh. Takde pun. Sbb aku tahu tak semua seller online ni suka bila customer call call dia. So aku tak call. Aku wasap je. Tu pun susah ke? Aku tak label dia sebagai penipu sbb kali pertama aku beli dgn dia, barang sampai. Yang ni second time aku beli dgn dia. Minggu ni kalau barang tak sampai jugak, rasa aku kena sound dia ni. Aku cakap baik2 tak jalan pun. Manusia manusia.

Kepada seller yang lain, I know youre much better than her. Please respect your customer nicely. Susah nak dapat customer yg kekal beli dgn kita kalau perangai macam ni. But I know, seller lain tak macam ni. Sbb selama ni aku beli dgn org lain okay je. Satu ni je sangkut taik.








7 comments:

  1. Lepas ni memang toksah le nak beli dengan dia lagi. Orang dah repeat order barang lagi dengan dia boleh pulak layan orang cenggitu. Ish2. Kalau saya pun sakit hati. Tapi alhamdulillah, belum terkena lagi dengan orang begini. Minta dijauhkan dari kita semua.

    ReplyDelete
  2. setakat ni belum pernah lagi jumpa perangai seller yg mcm ni. alhamdulilah :)

    ReplyDelete
  3. Saya selalu jugak beli online, alhamdulillah setakat ni seller semuanya ok2

    ReplyDelete
  4. Betuila apa yg Rrai ckp tuh.. Eina pun sellu jugk kena, ckp nak pos esok, tunggu-2 esok tak pos pun T_T sedih, tpi bersabar jelah..

    ReplyDelete
  5. pastu kata tak nak tolong bangsa sendiri

    ReplyDelete
  6. tq for the tips..kak pon peniaga online. penting untuk kita jaga emosi pelanggan walaupun x dapat face to face kan

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.