ABOUT POLICY TUTORIAL FREEBIES REVIEW TEMPAHAN

UPCOMING, baju baru blog!

Assalamualaikum.
Entry ini ditulis sebab aku nak mintak pendapat sebab aku nak guna template baru untuk blog sebab aku saja gatal nak ubah sebab aku dah bosan sebab aku memang takde keje sebab tu aku cari keje. Hehehh. Ubah design blog dah mmg jadik kelaziman gua sebab macam bosan pakai baju sama je. Ceh. Padahal aku baru je tukar tema hitam putih ni. Takdelah baru sangat tapi baru lahh jugak.

Sebenarnya dah lama nak guna tema kaler ni. Kaler pastel soft pink dengan mint nih. Dulu pun aku pernah jugak guna tema kaler ni untuk blog tapi aku campor semua kaler pastel kahhkahh. Ungu kuning hijau biru semua ada koo. Dah macam pelangi belog ni.


Nice kan kaler dia? Korang kalau taktau nak guna tema kaler apa untuk blog, atau nak carik kombinasi warna menarik comel cantik untuk majlis kahwin uols ke kad kahwin ke, boleh tengok kat colour lovers. Klik SINI. Banyak kaler paletes cantik cantik malahan patterns pun ada. Nanti skodeng laa sendiri yee. Hihii

Biasa kalau aku edit blog, masalah gua selalu kat header. Gua rasa header gua design semua buruk belaka. Hahah. Sebab tu kadang aku buat header tulisan jek. Simple gitu sbb aku ni kalau edit kadang over serabut nau.

Jadi. Korang rasa antara bebanyak design header kat bawah mana paling ok?


Ini basic. Sebab masa ni serius taktau nak buat design caner kat header.


Pastu tepek je text nama sendiri sebab idea takdekk.


Pastu keliru lah pulak nak guna kaler apa. Macam macam.


Then. Ini gua pakai photoscape je weyh utk header tu. Sbb gambar tu semua mmg png dah. Bukan photoshop yeee. Sudahnya guna photoscape jugak idea datang. Cehh pakai photoshop konon nak guna lah style pattern bebanyak tuuu last last gua tak guna pun.
Tapi cam nak ke taknak pakai header ni. Menipuuu noh muka aku tu. Tu gambo sem lepas agaknya. Masa ni masalah jerawat belum ada lagi. Cuba kalo skank. Phuihhh mesti korang geli tengok header aku. Kahkahh.


Ni design sekarang. Idono nak buat freebies je ke atau nak kasi orang. Kalau aku offer design ni sebab aku dah taknak guna, ada tak yg nak guna? Like preloved laaa gitu. Mana tahu kau nak guna tema simple hitam putih ke. Takyah bayar pun. Free. Hihi. Tapi aku bagi code jek lah yang lain2 godek sendiri. Ada pape yang perlu ditukar macam blogID ke, tukar sendiri yaa. Hoho
Tapi tu nanti punya cerita. Sabo dulu Rrai. Hahah

So. Whats your opinion?





6 comments:

  1. Salam! singgahh sini. saya suka design header yang first, rasa simple and cantikkkk. hihihi
    pandainya buat page. kita tak pandai :(

    http://letaknamaterlalumainstream.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. singgah.. no3 or 4.. tapi smuanya cntik.. pink colour

    ReplyDelete
  3. @Aynal MHehe. Kite pun tak pandai sangat. Takat basic jee tu tahu laa. Ni pun belajar2 sendiri jee tengok tuto.Hihi

    ReplyDelete
  4. @Busyra Bt TakiyudinTiga atau empat yaa? Hihii ok ok akan dipertimbangkan. TQ bagi pendapat!

    ReplyDelete
  5. Cantik..best klu pndai design sendiri..boleh ubah2..ehek..last tu cntik..hehe

    ReplyDelete
  6. yg last tu cantik , gambar pun cantik :P haha jealous tengok akak pandai edit blog. tsk tsk

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...