Follow Us @soratemplates

Friday, 2 October 2015

Projek satu pagi


Assalamualaikum.

Jengg jengggggg rajin kan aku bertukang kat dapur pukul satu pagi nih. Hahaha. Ni semua sbb tekak terasa nak makan cornflakes madududuuuu dah tuuu raya dah habis kalau nak sila laa buat sendiri yedokk. Aku ni bukanlah orang yang serba serbi tahu memasak membaking membakar yang aku tahuuu makan jee. Masa raya pulak mak aku tak selalu sgt buat cornflakes ni jadi gua pun sah sah mmg tak lerrr reti nak buat.

Tapi tak tahu tak bermakna selamanya taktauuu kan? Gua pun google kejap. Tengok2 resepi cehhhh ni senang kacang je ni hahahahahhaaaa riakkk takburrrr hakuu ni. Taklah. Aku cuma rasa yang why not ah try jek kan lagipun bahan bahan dia semua mak aku ada. K. Mak aku okay? Nampak sangat gua main guna je madu mak aku disaat mak aku sedang ketidurannn

Ni resepi takde guna oven ponn. Resepi asal boleh aku jee. Kat google aku tgk 4sudu butter, 4sudu gula, 4sudu madu, ada yang takde letak esen vanilla ada yang kata letak.

Resepi aku?
Gula dua sudu jangan banyak nnti kencing manis
Butter ikut suka aku main campak jee btw aku tak pakai buttercup pun mcm yg org2 tuu cakap aku bedal planta mak aku buat makan dgn roti tuu. lantak laa sama jee pon
Madu pulak gua main letak jee yg penting tak banyak mana pun. Ada laa dlm 5sudu kahkahhh. Padahal cornflakes sikit jekk pun. 
Esen vanilla sikit sesaja nak baginak nampak banyak bahan aku guna hihi

Hasilnya, macam dalam gamba tu haaa. Takyah pakai oven ponggg. Gua buat ni bukan nak jamu orang punnn takat nak makan masa tengok sensory couple drama korea ni je haa. Bosan oi nguyah cornflakes tawar jeeee. Sbb tu buat cornflakes madu ni haa hehehehe

Kalau nak buat jamu masa raya ni aku rasa tak lepas ni hahah. Takpe kipidap nanti belajar lagi yee Rrai yee.

Selamat Malam!


JOM JOIN!












1 comment:

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.