Follow Us @soratemplates

Sunday, 27 September 2015

Ber-Jwanita | Movie Review


Assalamualaikum bloggers. Do you have watched Jwanita? Kalau belum, yokkkk tengok kat panggung wayang! Sebab? Berbaloi! Hihihh. Sebelum ni aku baca banyak review pasal Polis Evo and my friends also told me Polis Evo best gila. Tapi entah. Aku paling berkenan kalau tengok wayang ni movie genre horror dengan thriller. Kalau action ke crime ke ni 3/5. Kihhkih. Actually aku nak review Sinister 2 dengan Knock Knock If You Dare kat blog sbb dua dua movie tu aku tengok sorang-sorang kat wayang and the feeling is amazing tengok cite hantu sorang sorang hahahhaha. Tapi Rrai kan pemalas nak masukkan gambar dalam laptop. Maka sudahnya gua tak review pun dalam blog sampai sekarang.

While my parents and my brother tengok cerita Hotel Transylvania 2 sebab adik aku gediks sangat nak tengok cerita tuuu, aku dengan sepupuku tersayang pergi tengok cerita Jwanita. Salah satu sebab utama kenapa aku seboleh boleh nak tengok cerita ni is sebab pelakon utama dia Maya Karin dan ianya horror movie. Aku suka gila Maya Karin. Sama macam Pontianak Harum Sundal Malam, aku paling kenan betul dengan slang bahasa baku diaaa tu. Sedap dengar.

Kiteorg masuk je movie dah start sikit ni semua sebab aku dengan Tyra bertelagah pendapat masa di kaunter popcorn kahhkah. Dia nak beli mineral water dgn regular popcorn manakala aku kata beli combo jekk jimat. Sudahnya kiteorg beli combo sebab seorang Tyra haruslah mengalah dengan seorang Rrai. Hehehhhhhh

..............................................

First, jom baca sinopsis citer ni duluuuu.

Filem terbaru lakonan Maya Karin bakal ditayangkan di pawagam pada 24 September. Filem seram arahan Osman Ali ini diambil berdasarkan peristiwa benar jenayah yang berlaku masa lalu. Filem ini turut menampilkan pelakon mantap seperti Bront Palarae, Cristina Suzanne, Datin Paduka Umie Aida dan Marsha Milan. Lagu tema dinyanyikan oleh Datin Alyah dengan lagu berjudul Dendam Cinta.

Mengisahkan Jwanita (lakonan Maya Karin), seorang gadis yang mengalami masalah mental yang serius akibat kisah silamnya yang sering didera secara mental dan fizikal oleh ibu dan bapa angkatnya yang merupakan pengamal ilmu hitam
Sinar harapan mula muncul dalam hidupnya apabila dia bertemu dengan Farhan (lakonan Bront Paralea), doktor yang merawatnya selepas dia membunuh kedua ibu dan bapa angkatnya. Namun, segalanya punah apabila Farhan yang dicintainya merupakan tunang kepada adik kandungnya, Julaika yang ternyata lebih bernasib baik darinya.
Selepas menghilangkan diri pada hari perkahwinan Farhan dan Julaika, Jwanita muncul semula. Jwanita kembali dengan perwatakan yang berbeza namun dengan azam dan dendam durjana.

Tarikh Tayangan : 24 September 2015
Klasifikasi: 18 (18 tahun ke atas sahaja)
Genre : Seram-psiko
Pengarah : Osman Ali
Pelakon : Maya Karin, Bront Palarae, Marsha Milan, Cristina Suzanne, Umie Aida
Allahyarham Harun Salim Bachik, Mimi Ernida, Wan Hanafi Su, Pablo Amirul
Terbitan : Nuansa Films dan Ehsan Productions
................................................

Bagi aku, dari mula sampai akhir jalan cerita ni sangat best dan menarik. Mula-mula movie start je aku dah terpukau dengan tempat penggambaran sebab dah macam Into the woods dengan Beautiul Creatures dah background dia. Masuk-masuk je aku cakap kat sepupu aku, "cantikkk background dia". Masa permulaan cerita je kita dah rasa berdebor gituu sebab ada watak Jwanita masa kecik tengah main nyorok-nyorok dengan adik dia, Julaika. Rupanya masa kecik pun dah mental problem si Jwanita ni. Lepas tu, muncul watak pengamal ilmu sihir lakonan Umie Aida. Hah lagilahhh gua teruja Umie Aida kot! Gua suka gilaaaaaa dia! Lakonan dia macam biasa, memang mantap! Setiap rentetan cerita dalam movie ni tak hambar. Semua ada "isi". Maksud aku, jalan cerita dia tak "menyenyehh" hahahaa paham idokk? Kadang kan ada cerita membosankan sebab babak tak penting tak payah ada pun dia sumbat sekali. Tapi Jwanita tak. Setiap babak dia ada "isi". 

Cerita ni seram psiko. Kau akan rasa seram sbb ada hantu tapi pada masa yang sama rasa cuak jugak sebab ada watak pembunuh gila. Kite sukaaa suka sukaaa citerrrr camni. Paling cuak masa babak Jwanita seret kapak carik adik dia, Julaika yang sedang menyorok sebab adik dia dah tahu kakak dia tu pembunuh pengamal ilmu hitam. Sambil tu Jwanita ni nyanyi lagu yang dia selalu nyanyi masa kecik masa main nyorok2 dgn adik dia. Biasa masa kecik aku nyanyi camni, Dimana dia anak kambing saya, anak kambing saya ada di dalam hutan. Hahahaa. Tapi dalam movie ni lirik dia lain sikit. Lagu tu nampak seram pulak masa gua tengok cerita ni. Malam tadi gua nyanyi masa main buai kat luar dgn sepupu aku, kena maki. Kahkahh. Takut lettuwwww

Masa dalam wayang pulak kemain si Tyra nyorok belakang bahu aku then bila aku mengesot dia tutup muka pakai popcorn kekekeeee. Pastu gua kata, kau pahal ni? Dia balas, aku takoottt ko tau tak?? K. A movie which can make my Tyra takut is a really a horror movie hahahahaa. Tyra cakap, kau apasal macam takde perasaan tengok cerita macam ni? Aku tengok kau tak terkejut pun. Hahahh. Engko tak tengok muka aku masa nengok Sinister 2. Terkejut beruk sorang2 dalam wayang tuu tauuu.

..........................................

Keluar je wayang aku tanya Tyra. Kau nak bagi berapa bintang cite ni? Aku nak tulis kat blog. Hahah. Dia kata, "aku bagi 8/10. bapakkkk ah seram siak cite ni"
Yaaa. Aku mmg nampak keseraman tu melalui muka kauu babe. Nampak sangatttt. Hahahahahaa

Cerita seram psycho memang best! Aku mcm pernah baca, cerita ni ambik masa 3 tahun nak siap sbb pengarah dia betul2 nak buat movie ni seram psycho yang ada "feel" gituhhh. Gua baca kat gossip panas kot tak silap. Tapi serius talk, berbaloi tengok cite ni. Best gilaa.

Cuma. Part api yang last tu je nampak macam sangat tak real. Tuu jek laa. Lain lain aku rasa okay je. Part Maya Karin makan apa ntah dari badan mayat dengan darah darah tuu memang nampak real. Geli pulak aku tengok sambil makan popcorn.

Gua bagi 8.5/10 untuk cerita ni! Support lah movie Malaysia yaa kawan kawan! Yang penting uolssss jangan lupaa tengok cerita ni sebab lakonan Maya Karin dan semua pelakon cerita ni mmg super duper mantap dan berkesan! Darah dia pun nampak real. Macam darah dalam Wrong Turn gituuhhh real diaa hahahaa.

Jangan lupaaa tengokkk tauuu tauuu!


Me selepas beli ticket dan ada masa satu jam untuk makan dan mencuci mata di mall tuu. Kiteorg makan kat kedai makan yang bertemakan masakan thailand. Rasa tomyam dia? Fuhh daebakkkk!!! Tak silap aku nama kedai tu Aslan Thailand Food kot. Kot lah sbb aku pandang sekali lalu jaa hihi

My beloved cousin aka my bff  aka my partner in gossiping aka my driver aka my counsellor hahaha. 

Bihun tomyam untuk saya dan mee tomyam untuk Tyra. And for desert is Pulut Mangga.
Bihun/Mee Tomyam: Rm6
Pulut Mangga small size: Rm6
Kalau large size: Rm9

Sedap pulut mangga diaaa. Banyak pun banyakkk. Mangga dia pun manisss sedappp je masuk mulut akuu hahahaa. Tomyam dia pun sedap. Tomyam is my feveret food. Sedap gilaaaaa tomyam. Tyra punya kuah tomyam pun gua yang perabissss. Kahkahh

Gua nak review kat mana boleh beli towel mandi saiz besar selesa dan berkualiti dalam entry akan datang. Hihihh. Bukan tu je. Siap boleh buat selimut lagi sbb ianya tebal dan saiz bawah smpai bawah lutut! Best kan? Wait aaaaaa upcoming entry

For those yang tak join lagi my GA, silaaa laa join yaaa. Banyak hadiah menarik menanti anda. Klik SINI untuk join.

Sampai sini. Jumpa lagi entry akan datang. Tataaaaa dan assalamualaikum!




6 comments:

  1. kerana review yg detail ini, namy nak g tengok mlm ini jugak!! yeayy..

    ReplyDelete
  2. Rrai cerita mcm seronok, hehe. Ni kena tgk ni!

    ReplyDelete
  3. Nak tengok jgk tapi tak berani la horror movie ni. Takut duk dalam bilik air sorang2 lepastu terbayang, hahahah

    ReplyDelete
  4. tgk pembikinan filem di tv mcm best je.. 1st tgk maya jadi jahat n gila...

    Jemput singgah blog Nurfuzie.com
    Entri promosi Tawaran Iklan di Blog Nurfuzie.com Serendah RM10
    dan entri ini Malaika Oil - Produk Semulajadi Terbaik Untuk Kulit Anda

    ReplyDelete
  5. wohoooooo, memang nak tengokkkkk, tp x sempat lorhh, suke gak cite horror, novel horror too~ huhu~ suke psiko, x silap,,umi aida ade berlakon cite yg diadaptasi dri kisah mona fandey, tp tak dibenarkan untuk ditayang....

    tak silaplahh~

    perghh, lau dh x sempat, beli je CD or...... on9 movie....

    tQ reviewwww, niceeee !

    ReplyDelete
  6. mmg gilerlah si jwanita tu. bole dia korek kubur tgh malam bawak balik mayat kerumah.

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.