Follow Us @soratemplates

Saturday, 8 August 2015

Submarine Museum | Muzium Kapal Selam

Assalamualaikum!

Entry ini sebenarnya adalah sambungan kepada entry INI. Hehehee. Lepas habis test Muet tu aku pergi submarine museum ni. Selama ni lalu lalu je tak menyinggah pun. Tapi hari tu Encik Gedik rajin pulak bawak situ. Aku sebenarnya kata nak pergi Muzium Samudera, bukan Submarine. Hissshhhh. Submarine pun jadik larrrr.


Ini pengenalan kat papan kenyataan bahagian bawah luar kapal selam tu. Ada kerusi semua kat situ. So jangan risau laa kalau penat ke. Hehee. Harga masuk bagi dewasa adalah RM3.00 sahaja. Kalau kanak-kanak RM1.00 tak silap aku. Murah kan? Kat tepi tempat tiket tu ada jual air. Kalau haus boleh beli situ. Hahahh. Iolss masa tu takde mood sangat nak melantak sebab sakit gigi. Kiiki

 Masa beli tiket tu, pakcik tu pesan, nak masuk lucut kasut yee dikkk. Aku pun angguk angguk geleng geleng hehee k tipu tak geleng pun. Pakcik tu kata, lucut kasut lepas tu bawak masuk pegang sendiri yaa. Aku pun angguk lagi. Masa tu pelik laaaa jugak biarkan kasut kat pintu masuk je tak boleh ke?

So, ini ada sikit gambar aku nak share kepada sesiapa yang belum pergi tempat ni. Tapi maaf atas kualiti gambar yang tidak memberangsangkan. Huuhu. Dalam kapal tu gelap. Jadinya aku edit kasi tambah bright then bila tambah tambah banyak kali dia jadi macam pecah sikit gambarnya. Hoohooo. Sapa suruh pakai kamera henpon muraaahhh.

Iolss kat rumah takde kapal selam so Iolss macam jakunn sikit masa nengok kapal ni. Daebakkkk besar kauuu. Tapiiiiii. Bila masuk, laaaaaa keciknya?


Look. Actually I dont really like this type of place yang ada banyak wayar sbb bagi aku mcm takut je nak sentuh sentuh diaaa. Tapi Encik Gedik macam gembira pulak melihat dengan teliti satu per satu perkakas peralatan dalam tu sampaikan frame gambar sejarah pun dia stop jap baca. K k masa ni mmg aku dah jauh ke depan pastu patah balik olok-olok curious dengan apa dia baca padahal aku sebok nak tengok bilik tidur, dapur, meja makan kat dalam kapal tu jekkk. Hahahaa



Laluan yang agak kecil untuk orang berbadan besar mcm saya, eh macam Gedik. Hahahaa. Mmg kalau sekali ramai yg masuk ni agak payah sikit nak jalan. Nasib baik masa aku pergi tu tak ramai sangat orang. 


Patung yg mengejutkan ramai makcik yang lalu kat depan kawasan ini including me! Hahahaa gilaaa kau dalam kapal selam ni agak gelap sikit. Tetiba je nampak bende alah ni mahu tak terkejut aku. Ada makcik tu siap melatah lagi. Hahahaa


Ini ruang makan tak silap aku.



Bilik tidur yang ruangnya agak kecil tapi bagi aku still selesa. Malahan, bantal dia pun macam empuk jeee.




Ni pun terkejut jugak ni. Memula ingatkan orang betul. Kuikuii


Ni tangga untuk naik atas. Tapi tutup, tak boleh naik. Sobb sob


Pemandangan kat pintu nak keluar. 


Turun tangga menyengih pulak. Rupanya Pakcik tu suruh bawak kasut sendiri masa masuk dalam kapal adalah sebab pintu masuk dan pintu keluar adalah berasingan. Hahahaa. Ada budak kecik ni dia tinggalkn kasut kat pintu masuk dan tak pegang sendiri masa jalan dalam kapal tu, kat pintu keluar dia turun kaki ayam pergi tangga pintu masuk semula. Hahahaa. Kan tak pasal pasal jee. Nasib baik kite pegang kasut masa kat dalam tuuu.




 The amazing submarine. Dah karat sikit. Tapi takpe. I is rasa amazing jugak sehingga kini bila tengok kapal selam.

Me. Hahaa. Nasib baik dalam kapal tu ada aircond. Takde laaa ketiak melekit woihhh. Sampai sekarang actually aku suka Muzium. Suka gilaa weyh pergi Muzium meskipun org ramai kata bosan. Lagi2 Muzium kat Melaka ni. Dahlah semua best-best. Muzium je laa tempat paling tenang dan kau boleh hilangkan rasa bosan. Tapi pendapat org lain-lain kann. Ada je org yg rasa Muzium ni bosan. Gua pernah pergi Muzium yang dekat dgn Dataran Pahlawan tu pakai tracksuit jakk dgn sepupu I. Tracsuit Forest yang warna keabu line merah tuuu. Hahahahaa. 


Ni haaaa. Hahahaa. Dengan selesema berhingusnyaa masa tuu. Pehhh

K tataaaa! Siapa ada anak boleh bawak anak-anak pergi sini mesti mereka kagum seperti saya. Hehehee. Assalamualaikum:)





1 comment:

  1. Bestnye kalau dapat pergi. Seumur hidup tak pernah masuk kapal selam...

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.