Follow Us @soratemplates

Monday, 3 August 2015

Pengalaman Ambil MUET Sesi July 2015


Assalamualaikum.
Sebelum sebelum ni aku ada cakap aku nak ambik muet kan kan. Yang dok sebok hold update review lepas satu ogos tu konon konon nak study lah bagai. Padahal gue tak study sangat pun. Malam sebelum nak muet tu aku pergi rumah makcik aku sbb ada Marhaban. Balik rumah dah pukul 11 lebih. Kuiikui. Mmg idokk le nak belajar lepas tu. Selak selak je.

Sebenarnya ini pengalaman pertama aku ambik muet. Sian kan? Dah nak habis diploma pun muet tak ambik ambik. Aku ni kalau ikutkan mmg lah malas yang amat nak ambik muet sbb kecut perut gue mau ngomong bi sihh! Serious talk. Masa speaking tu gabra gila aku sampai terulang point. Fuhhh fuhh. Malas nak ingat balik detik detik kejahanaman aku masa speaking tuu. Hahahaha


My partner in crime masa zaman sekolah until now. Yang bersusah payah hantar gua pukul lima pagi ke Melaka. Hihihhh. Maseh Gedebabbabbbab. Masa speaking aku kena 25 June. Masa tu cite Minions baru keluar. Habis je Muet gua g tengok wayang dengan Si Gedebab ni sbb nak hilangkan stress muet macam hape. Masa ujian reading, writing and listening pulak aku kena 1 Ogos. Nasib baik number giliran dekat dgn Fiza. Hehehe. Boleh ngedate kejap dengan Fiza dekat Kolej.

Secara jujurnya, aku punya preparation 40% masa aku ambik muet tu. Aku tak pernah practice buat speaking in group, tak pernah tulis essay in english sampai 350 patah perkataan dan tak pernah buat latihan listening! Bijak kan aku? Apa kejadah perangai. Aku just concentrate baca jawapan kat belakang buku latihan muet je. Hahahahaa. Teruk betul. Tu pun bukan semua aku baca.

Masa speaking aku dapat satu group dgn Fiza, Adam and budak junior. Daebakk kau dieorang punya speaking. Ternganga aku dengar. Bernas sungguh idea idea mereka. Idea aku? Kelaut! Aku dapat soalan pasal Teacher. Rasanya tentang characteristics kot. Aku candidate C. Dapat pasal guru kena tahu apa yang murid murid perlukan. Tak silap aku laa. Ke tu point org lain aku rembat? Hahahaa lupaaa lupa. Yang penting Fiza dapat pasal teknologi. Masa tu aku hentam laa pasal kalau budak2 sekolah dpt apa dia perlukan opkos dia rasa seronok nak belajar. Masa task B aku setuju kat point Fiza. Sbb senang. Pasal teknologi. Kalau guna teknologi mesti laa pembelajaran lebih interesting kan? Gitu la gamaknya aku merapu masa speaking tuu.

Reading pulak aku rasa better than speaking. Hahaa. Bukan nak berlagak. Tapi at least tak perlu ngomong bi gitu kan? Cuma soalan soalan dia sangat keliru. Fuhh. So sesiapa yg nak ambik muet tu better banyakkan jawab soalan reading ni. Aku kompius gila kat soalan yang false, true, not stated. Reading ni ada 45 soalan dan semua soalan tu berdasarkan article yg dia bagi. Dan article dia bukan maca karangan sekolah ye. Banyak jugak ayat dia aku tak faham sbb iolss ni english bukan terer nauu pun. Masa test reading, aku dapat article pasal:

-Global spending on men's skin care products by region. Dalam article ni ada percentage. Siap ada bulatan yang menunjukkan peratusan setiap negara. Mmg kompius sikit masa aku jawab soalan pertama ni.
-Pasal Algorithms. Ni aku naik mereng baca soalan dia. 
-Pasal crime.
-Pasal bilingual education.
-Pasal advertising. Yang ni pasal guna music dalam iklan boleh tarik minat org utk tengok iklan tu. Contoh mcm iklan Mcd.
-Pasal food crisis.

Next, lepas reading proceed to exam writing pulak. Tapi ada rehat satu jam sebelum writing. Ada dua soalan. Soalan pertama population harimau dekat tiga buah negara dan ada table menunjukkan action yang ketiga negara ni ambik untuk protect harimau tu. Myanmar, Indonesia dengan India. Soalan pertama ni dalam bentuk graph dengan table. So guna lah perkataan increased decreased highest semua tu. Soalan pertama ni bagi aku senang sikit dari soalan kedua. Sbb isi sah sah ada dalam graph dengan table. Soalan pertama ni 150 sampai 200 patah perkataan je. Jangan melebih lebih pulak yee. Hahahaa.

Soalan kedua pulak at least 350 patah perkataan. Hahahaaaa aku benci betul soalan kena tulis panjang panjang ni sbb iolss tak reti grammar sangat. Tulis panjang panjang macam pandai kan? Tapi grammar salah banyak! Hahahaha. Gasak ler Rrai oi. Yang ni soalan dia pasal "The Media is an educational tool". Aku kompius sikit masa buat esei soalan dua ni. Aduduuuu. Nak nangis bila ingat balik bi tonggak terbalik dalam paper tu. 

Lepas je habis writing, rehat setengah jam dan terus test listening! Hoohohh. Kerut kerut dahi gua tau masa dengo orang putih tu cakap. Aku duduk depan sekali. Sbb tempat duduk mmg tak boleh pilih pasal dia dan lekatkan nombor giliran atas meja. Bila duduk depan ni terover dengar pun ada aku rasa. Sbb speaker tu kuat, then berdengung kita mcm tak boleh cam sangat dia cakap apa. Tapi kalau duduk belakang sgt tak dengar pulak kan? Duduk tengah tengah kot paling selesa. Hahahaa.
Aku dapat soalan pasal study group, coconut water, planet Mars dan apa lagi aku tak ingat. Fluent gilakk kau dia cakap. Nasib baik ulang baca dua kali. Ada satu tu pasal vehicle. Masa first dia baca aku langsung tak cam. Kali kedua baru aku perasan. Red vehicle rupanya! Nasib baik! Kalau tak lost satu markah. Hehee. Tu lah sape suruh tak practice listening.

Tu jelaaa pengalaman ambik muet yang aku boleh share. Kesimpulannya, sila lah study ye kalo nak ambik muet? Jangan jadi macam saya. Study last minit. Tak prepare. Hahaa. Aku dah target nak ambik lagi sekali muet ni. Serious talk. Sbb aku sendiri tak yakin dgn result muet sesi July ni. Hahahaa. Habis je listening tu sejuk sikit hati bila tengok Encik Gedik dah tunggu depan fakulti. Kehhkeh. Moh le kita pulang merawat hati yang gundah gulana resah gelisah. Masa tu Klebang busy sbb Gedik kata Najib nak datang. Baru nak ambik gambar kat padang pasir klebang tu. So iolss jalan jalan ambik gambar buang masa dekat muzium kapal selam jee. Hahaha. Serius itu first tengok kapal selam depan mata. Besar gabak kau! Tapi bila masuk kecik jeee ruang jalan dia. Nak main kejor kejor pun tak dapat. Heheee. Sapa je nak kejor kejor dalam kapal selam? Lolol

Aku takde tips nak share pasal muet. Sbb aku pun first time ambik. Mahu tips sila lah tanya kepada yang lebih pakar. Kepada sesiapa yang nak ambik muet bulan 9 atau akan datang ni, I wish you to be great! Good luck! Jangan takut nak ambik. Kau redah je ambik. Jangan bazirkan 100 ringgit kau bayar tu. Kalau ye pon kau taknak ambik sbb tak ready dan kau nak ambik bulan lain, aku rasa kau better redah je ambik. Sekurangnya kau dah dpt cemana suasana muet tu. Takdelah terkejut beruk mcm aku. Hahahaa





Tepuk tangan sikit sbb iolss dah berjaya ambik muet walaupun tak semegah mana! Hahahaa.

K Tataaaaa!




4 comments:

  1. teringat pula zaman-zaman ambil MUET dulu...

    ReplyDelete
  2. Teringat ambil muet tahun lepas..saya rasa situasi kita macam sama..hehe...bab listening paling lemah...sampai ada satu saat..tak dengar sangat apa yg dia cakap..tulis jer apa yg dengar walaupun soalan x ada kena mengena..hehe..=P

    ReplyDelete
  3. I'll be taking this September. So, a bit nervous now. Bila ada yang share pengalaman masa MUET, rasa lega sikit. Hehe

    ReplyDelete
  4. KG teringat masa memula ambik MUET..huhuhuh

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.