DESIGN BLOG: Yana's Beauty Shoppe | Menjual barangan kecantikan dan kesihatan dengan harga murah tak masuk akal!


Assalamualaikum

Ini entry dua dalam satu, nak review dan juga nak tunjuk hasil tangan gue yang enggak seberapa dalam mengedit belog orang ni. Hahahaa. Kali terakhir, aku edit blog kawan aku sbb lecturer dia suruh buat blog. Hehee. Seronok sebenarnya mengedit blog ni. Walaupun bisa bikin stress bila menggodek code tak menjadik jadik. Hahahaa. Mmg aku rasa nak hempuk jee laptop. Maklumlah kite ni bukan profesional sgt dalam bidang edit edit blog ni. Owner blog ni Sis Yana. Sangat peramah orangnya. Iolss edit blog dia free of charge je. Saja suka-suka tolong dia dengan harapan beliau dapat majukan lagi bisnes online dia. Dan aku kenal dia pun gitu-gitu jek weyh sebenarnya! Hahaha. Kenal sbb aku pernah beli vietnam mask dengan dia dgn harga yg sangat murah. Pastu I add dia kat wechat dan selalu like like gambar dia. Start situ laa dia ada tegur aku dan aku pun tegur dia. Peramah gila orangnya. 

Mula-mula gua pakai simple template jee. Tapi Iolss sebenarnya tak kenan betul pakai simple ni. Entahlah. Rasa code code dia macam payah nau nak kene dengan taste aku. Kahhkah. Lolol. Sebenarnya aku dah biasa edit denim template. Kalau simple ni aku rasa macam lagi susah. Aku rasa lah.



Lepas tu I apply denim template pulak. Hahh gini laaa rupooo dia sebelum sesi makeover dimulakan. Hehehhh



Ini pulak lepas kita touchup sikit sikit. Hampir tiga empat kali aku tukar design untuk header sbb asyik tak berkenan je di mata saya. Yang kat bawah ini adalah salah satu design header tersebut. Sama jugak dengan icon home, older and new tu. Memula aku design macam kat bawah ni. Tapi entah kenapa aku rasa tak lawooo je pulak. Maka aku pun ubah lagi. Heheheee




Dan akhirnya. Hasil yang boleh dikatakan aku rasa gembira apabila melihatnya, tadaaaaaaaaa! Siap dah! Aku letak doodle tu so nampak macam lagi comeyyy gitu blog dia. Tambah bunga sikit bagi nampak feminine. Kihhkih. I siap buat footer lagi. Semua pakai Adobe Photoshop dan sedikit bantuan dari Photoscape. Aku start buat dari lepas Sis Yana bgtahu tu, break break kejap sampai hampir pukul dua pagi untuk siapkan design ni. Hahahh. (Aku punya break kemain lama sbb tu lambat siap). Mmg Iolss target nak siapkan dlm masa satu hari je. Siap cepat, cepat owner blog update kan? Siap lambat karang lambat pulak dia post entry.



Amacam? Okay tak?

Tuan blog dah update blog dah. So uolss boleh laa baca yaa! Nak tahu apa barang yang dia jual? Salah satunya adalah vietnam mask! Aku beli dua botol. Sebotol kecik cenonet jek tapi boleh tahan berbulan bulan. Serius talk mujarab. Vietnam mask adalah produk pertama yang mana bila aku cabut, terpacak keluar whitehead! Even tak banyak, tapi serius weyh puas hati bila tengok bende alah parasit tu keluar dari hidung. Aku pernah pakai shisheido hitam tu. Tp tak mujarab sgt. Sbb dia gam tak kuat kot. Hehehee


Aku beli RM5 satu kat Kak Yana. Kalau korang beli banyak, dpt lagi murah. Ini lah satu-satunya seller yang aku jumpa kat IG jual vietnam mask murah camni. Ada org jual satu smpai RM15. Makk oiiii. Mahal gila. Utk org yang tidak berkemampuan kayak gue sih, mahal banget tahu!


Ini pulak egg white yang retis Nana pernah promote dulu. Dia adalah pengguna produk ni dan dia kata bagus sangat. RM6 je weyh! Fuhh. Biasa paling murah RM10 aku pernah jumpa. Dekat kedai luar, RM12. Enam ringgit je? Serius murah!

K Colly pun ada. Cuma RM80 sahaja. Biasa aku jumpa RM100. Bukan biasa, mmg majoriti seller letak harga mcm tu. Paling murah pun 95. Ni 80 je Kak Yana jual. Wahhh. Beza betul 80 dengan 100 tu.

Ada lagi banyak produk yang beliau jual. Dan yang pasti semuanya lebih murah dari harga yang kebiasaan ditawarkan di pasaran. Yang penting, ORIGINAL. Saya tak tipu sbb I'm one of her customers. Aku bank in RM20 je. Harga aku beli Rm10. RM7 untuk postage. Siap berbaki tiga hinggit lagi. Tu pun dapat free gift sabun pink comeyyy yang mcm sabun babies blink tu! Tapi jenama K Brothers. Wangiiii gilosss bau strawberry. Heheee

Saya doakan semoga sis sukses dalam bisnes! Dan cepat kahwin dapat anak comel comel. Hehehee. 

Jemput lah terjah blog Kak Yana yaa. Do follow so you wont miss the sales! Sbb Kak Yana ni rajin jugak buat buat sales ni tauu. Kat bawah ni instagram, facebook dan blog beliau. Do follow yaa!




2 comments:

  1. wah ctknya design...ngam dengan wrna..

    kalau tak keberatan meh join GA sha..
    syarat simple ja..
    http://www.opzzpinky.my/2015/08/giveaway-wallet-by-opzzpinky.html
    tq :)

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.