Follow Us @soratemplates

Saturday, 4 July 2015

Tiada basic Bahasa Arab tak boleh masuk KUIM?


ASSALAMUALAIKUM.

Post ini dibuat sbb aku tergerak nak share pasal ni bila ada si manis cantik comel komen entry kita dia kata macam gituu. *tengok gambar* Setahu aku lah, kawan-kawan aku tak semua ada basic Arab. Aku pun ambik bahasa Arab takat Tingkatan 1 sampai 3 je. Form 4 dgn Form 5 gua giveup tak ambik Arab sbb masa form 3 aku dapat Arab D. Kahhkah. Pengakuan berani mati ni. Kalau bakal mak mertua iolsss baca ni mahu dia reject karang.

Aku masuk KUIM aku tak tahu pun yang aku kena belajar Arab. Seriously. Masa semester satu dengan dua budak course aku kena ambik subjek bahasa Arab. Subjek wajib.Tapi jangan risau. Dia bukan bahasa Arab yang susah macam masa Form 5 tuu. Sem satu aku blaja basic jaa. Mcm warna, nombor tu semua, Senang kan? Hahaa. Tapi kalo ko tanya kompem aku tak ingat punya. Pastu sem dua baru belaja susah sikit macam waktu, fe'el tu semua. yang pasal hua huma hum hiya humma hunna anta antuma antum anti apa tu semua. Betol ke idokk aku sebut tu? Hahahaa.

Masa sem satu, korang akan ada test yang akan menentukan sama ada kau akan masuk kelas bahasa Arab satu atau bahasa Arab Intensif. Kalau dpt Intensif, dia ajar lagi senang, kira untuk org yang takde langsung basic Arab dan tak mahir sangat alip ba ta laa gitu. Aku dapat Bahasa Arab satu. Ceh konon terer ah kan masa tu? Padahal aku kecut jeee bila ustaz suruh hafal makna arab tu semua. 

Sebab nak kompem ni, gua pun wasaap group tanya pasal kesahihan dan Shafa pun cakap kalau kena ada basic Arab kompem ah dia tak layak masuk KUIM. Hahaa. Jadi terbuktilah masa aku masuk dulu tak wajib pun kena ada Arab ni. Tapi untuk akan datang iolsss tak tahu la. Mungkin KUIM  dah naik taraf kot? Apapun baik tanya pihak pentadbiran KUIM dulu. Mana tahu mmg boleh masuk tanpa basic Arab kan? Eh aku ni apasal macam promote KUIM pulak ekh. Well dah belajar dekat KUIM. Takkan nak promote UNISEL pulak kan?

Tataaaaa !





1 comment:

  1. hhahhahah, tak penting rupanya basic arab untuk masuk uni Rrai ni... bagus entri ni, kalau ade org celaru, boleh dia check dekat sini... :D

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.