Follow Us @soratemplates

Sunday, 12 July 2015

Perkara yang perlu dielakkan dalam blog!


Assalamualaikum.
Ni kite nak share sikit perkara-perkara yang perlu dielakkan atau kalau boleh jangan buat dekat blog yaa. Bukan apa, readers itu amat penting, hilang readers, maka berkuranglah viewers kan kann. Benda ni pun as a reminder untuk diri sendiri jugak, yang selalu leka dalam arus kemodenan masa. *ceh pahal tak kene jee* Hahahaa. Benda-benda ni pun aku pernah jugak buat. Tipu ah kata tak pernah. Zaman baru-baru buat blog dulu guaaa suka tukar2 lagu dalam blog weyh. Mood sedih, sedih laa lagu aku. Kalo gembira sikit, lagu aku riang ria laa gamaknyaa. Cuma gua takde lagi nak taruk bunga jurai jurai mcm sakura tuuu. Kahhkahh. Memberatkan blog ada laaa.

1. Jangan terlalu banyak sangat kena hover itu ini.
Maksudnya, nak chat kat cbox. shoutbox kena hover gambar tu. Nak follow, kena hover gambar ini pulak. Nak pause lagu hover ceruk mana entah. Faham? Adalah lebih mudah kalau letak je follower widget tu setepek satu kat sidebar. Cbox pun sama. Takdelah kita ni susah nak carik mana lah dia letak cbox dia widget follow dia. 

2. Letak widget follower, bukan icon.
Masalah ni selalu jadi, bila org tu buat GA/ SEGMEN, pastu syaratnya wajib follow tapi kat blog dia takde pun widget follower. Maksud aku, yang ni haaaa

Sebab? Dia letak icon follow macam gini dalam blog:

sumber gambar dari google

Maka, org mcm saya yg dah follow banyak sangat blog ni, tak dapat laa nak follow. Sbb? Dah terlebih kuota. Setahu aku, kalau nak follow guna icon mcm kat atas ni, maksimum 300 blog jee boleh follow. Kan susah orang nak follow nanti. Baik-baik orang tu nak follow, terus dia cancel niat. Hehehh

3. Jangan letak lagu yang buat orang terkejut beruk.
Hahahaa ni terukkkk weyh. Aku pernah kena. Masa tu tengah rajin blogwalking, sekali aku g satu blog ni, haaa ko, terus aku melatah, "bapakkkk ah terkejut aku!" Kahhkahhh. So sekarang ni nak blogwalking off volume dulu siap-siap. Nak pilih lagu, biar lerr jangan rock kapak sangat. Terkejut kite tau! Lagi satu, letak laa tempat senang orang nampak, senang nak pause. Jangan laa letak hover penjuru nun sampai susah nak carik. 

4. Guna font dan warna yang sesuai.
Warna kalau boleh jangan laa cair sangat. Susah nak baca. Dah le tu, kaler pastel cair beno, font kecik kemetot pulakkk. Mmg aku zoom besor besor lee siap siap. Susah weyh nak baca. Sakit mata.

5. Letak iklan di tempat yang sesuai.
Kat mana tempat yang sesuai? Aku rasa mcm sidebar, header tu okay lagi. Jangan le letak kiri kanan iklan terapung. Aduduuu. Susahhh tau. Lagi lagi yang tak boleh close.


Haaaaaa. Adakah anda pernah buat? Baik ngakuuuu cepat! Hahahaa. Aku mengaku nombor 4 tu aku pernah buat. Nak kawaiiii sangat lah konon kan? Semua nak pastel. Haahahaha. Rraiii Raiii.
Pasal lagu pulak, dulu aku pernah letak lagu SOKO, tajuk dia You Can Take My Heart. Tu masa aku Form 5 duluuu aku letak. Masa tu bila Si Gedik stalker blog aku, gua boleh dengar lagu blog guaa ke udara. Hahahaa. Cehh nampak nauuu baca blog kite! Haa ni pun tips jugak ni. Kau boleh tahu org tu tengah stalker blog kau kalau tetiba ada lagu berkumandang. Kehhkeh
Entry ni bukan nak perli sesiapa. Aku pun blogger suam kuku, banyak buat salah silap, masih banyak kena belajar. Jadi kalau tegur untuk kebaikan, rasanya tak salah kan kan? Heheheee

PS: Churp Churp aku dah nak RM12:80. Hahahaa. Ni mesti sbb Akak Echa ada klik tadi. Thankyou hehhh siapa yang klik! Klik laaa lagi. hehehewwwww. Muahhh sikit!








3 comments:

  1. hahahaha... sokong sangat2

    btw. jumlah nuffnang saya sila tolak rm 11 T.T

    ReplyDelete
  2. @Tee XennovHehehh. Nanti sy dtg blog tolong click yaa?

    ReplyDelete
  3. Betol betol betol. Sama aa. Saya pun sebelum blogwalking off kan dulu volume. Kekeke

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.