Follow Us @soratemplates

Friday, 12 June 2015

Terasa macam nak buat GA. Tapppiiiiiiii


Assalamualaikum.

Sesungguhnyaaaa ketika jari gemukku sedang menari nari atas keyboard ni kaki badan pinggang aku rasa macam nak mintak kena pijakk. Fuhhhh. Penat nakk. Seharian aku mengecat rumah. Tu pun banyak lagi dinding nak kena cat. Aku baru update Senarai Peserta yang join segmen aku buat tu. Walaupun tak ramai tapi aku bersyukur ada jugak yang sudi join. Segmen ni takkan batal kalau kurang penyertaan ke apa. Aku dulik apa kalau sorang je pun yang join. Kehhkeh. Jemput lah join yee. Clik SINI.

Aku tengok dashboard. Ada banyak lagi GA/ Segmen yang gua belum join. Nanti lah saya turut serta yaa. In Shaa Allah aku akan joinkan diri. Hehehh. Tengok orang orang buat GA ni guaaa kepinginnnnn betul nak buat GA. Tapi tu lah. Aku ni karang takut tak komited nak menjayakannya. Mcm segmen aku ni. Aku promote sehari duaaa je. Pastu aku sunyi sepi takde pon promote link Segmen kat blog kawan kawan yang lain. Tapi itu segmen. Kalau gua buat GA, fuhhhh kompom bersemangat weyh! Maklumlah kali pertama nak buat GA gituh! Kahhkahh

In Shaa Allah dalam masa yang tak berapa nak dekat atau terdekat ni aku akan usahakan nak buat GA sebagai tanda terima kasih kepada semua yang telah mempollow saya. Jadi saya mahu kasi hadiah sikit. Jengggg jeng. Hadiah apa? Guee masih pikirin. Kalau boleh aku taknak lah bagi hadiah yang org pun tak tertarik. Agak agak korang suka apa ekh? Baju? Tudung? Eh tudung pun okay jugak kan. Orang pakai kita dapat pahala. Kehkehh. Jangan mintak gua henbeg Gucci pulak. Gua punya handbag pun setahun sekali je beli. Tu pun beli masa sales! Hoohooooo

Sponsor? Hmphhh. Rasa macam nak cari lah. Tapi ada ke org sudi nak sponsor? Hidung tak mancung pipi tersorong sorong. Pipi tak comel pulak tuh. Kalau aku open sponsor nanti harap adalah yang sudi sponsor kiteee yeee yee. Heheee. Baru meriah liplappliplappp gituuuu. Jadik sponsor bagus jugakkk tau tau. Boleh meningkatkan follower dan traffic blog anda. Kalau sudi sponsor kabokan lahhh kat kite. Kite lagi sukaaaa. Heheeee

K good night! Have a nice dream!
Basuh kaki baca doa sebelum tidur. Dan jangan cas hp guna powerbank letak kat badan lalu tertidur yaa. Nanti power bank tu overheated dan meletuppsssss. Takut jadi arwah pulakkk nanti. Ni info aku baca dekat Facebook tadi. Haish makin moden makin macam macam pulakk. Ingattt ya!

Tataaaa !









1 comment:

  1. eh saya nak jadi sponsor kalau awak buat GA.

    kalau nak, email saya sayidahsuperb@ymail.com

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.