Follow Us @soratemplates

Wednesday, 27 May 2015

Review Jawapan dari tetamu89 Segmen "ALL ABOUT THE SONGS" by BAJUWARNACOKLAT


Assalamualaikum :)
Kemarin aku ada buat Segmen "ALL ABOUT THE SONGS" by BAJUWARNACOKLAT. Alhamdulillah ada jugak yang sudi join walaupun setakat ni cuma dua orang sahaja. Maybe soklan gua macam merepek kot sbb tu org malas nak jawab. Kahkahhh. Kalau sikit pun aku takkan cancel segmen. We need to appreciate sesapa yang join even bilangan peserta tu tak mencapai target penganjur. Ni pendapat aku lah. Penat-penat buat entry berjela pastu segmen/giveaway batal. Hahaa.

Peserta pertama yang join adalah TETAMU89. Tepuk tangan sikit sbb beliau siap letak video lagi dalam entry. Rajinnn sungguh. Saya bukan takat bagi bintang je ni. Bagi bulan sekali. Hiihiiii

Okayy. Masa aku baca entry tu aku play lagu beliau letak. Huihhh lejen betul lagu dia. Lagu yang mengingatkan zaman sekolah. Nak tahu lagu apa?

Lagu SERUAN by LEFTHANDED. 

Lagu ni kalau bapak aku dengar mesti dia suka. Aku tak tahu kenapa aku teringat Awie bila denga lagu ni. Kahkahh. Lolol apa kaitan. Sbb gua minat Awiee jaa. Sbb Awie hensem. Hooho. So, kenapa tuan blog pilih lagu ni? Dia kata:

"Lagu ni memang legend la sampai sekarang bagi aku. Sebabnya, lagu ni adalah salah satu lagu yang pernah aku dan kawan-kawan aku nyanyikan didalam kelas waktu zaman sekolah dulu, sampaikan tak sedar waktu kami nyanyi tu, cikgu kami sudah berdiri di depan pintu dengar kami nyanyi."

Hahahh. Ni mesti masa sekolah beliau seorang yang happening jaaa kan. Untung lah tak dengar cikgu datang masuk kelas. Aku dulu belum apa-apa kawan-kawan aku dah meluru masuk kelam-kabut menandakan cikgu dah nak sampai. Sbb dulu kat sekolah kiteorg ada pe'el suka bertandang kelas org kalau cikgu tak ada. Hehehhh.


--------------------------------------------------------------------------

Okayy. Next. Lagu yang mengingatkan masa patah hati dulu. Beliau pilih lagu ni haaa.

TIARA by KRIS
Gua play semua lagu diaaa tau. Sbb curious nak tahu jugak lagu yang bermakna kat orang lain kan. Sbb lagu apa dia rasa, lain dgn apa aku rasa. Jom tengok apa beliau cakap pasal lagu ni.
Katanya: 

"Haa.. lagu ni aku paling tak suka dengar, sebabnya bila aku dengar lagu ni, mesti aku akan ingat dekat awek lama aku Afikah.. haha. Tapi nak buat macam mana, jodoh tu Allah yang tentukan, sekarang ni dia pun sudah kawen dengan orang lain dah sabar je laaa..."

Hmm takde jodoh nak buat cemana kan. Gua tak tahu beliau dah kahwin belum sbb aku godek nak carik umur tak jumpa. Kahkah. Kalau belum kahwin, semoga dapat jodoh yang baik yaa. Kalau dah kahwin, semoga bahagia hingga ke syurga. Hehehh.

----------------------------------------------------------------------

Seterusnya. Lagu yang membuatkan beliau bangkit dan move on? Cuba tekaa. Hahaa aku sengih masa baca sbb katanya lagu
NEGARAKU!
Aku kalau dengar lagu ni mesti teringat dulu kena berjemur time panas masa perhimpunan hari Isnin. Pastu kalau ada spotcek aku kelam-kabut pinjam orang punya sepit kuku. Kahkahh. Pengawas sekolah gua pakai baju kaler pink tauu jangan memain. Comel jee aku nengok pengawas tuuuu jalan ke hulu hilir pakai baju pink.

Lagu yang mengingatkan kat mak dengan ayah?


Lagu ni mmg sedihhhh. Aku dengar intro jee dah boleh bayang mak ayah aku. Aku ni dahlah banyak buat dosa kat mereka. Saya setuju dengan tuan blog. Katanya: "Lagu ni kalau aku dengar time dekat-dekat nak raya, kompom aku sedih walaupun aku dah ada dekat rumah dengan mak ayah aku. Kalau time keja tu, aku tutup terus lagu ni sebab tak tahan bila dengar, rasa macam nak 'ketawa' kuat-kuat ..haha" Ketawa kuat-kuat tuu mesti nak nangissss eahh eah? hahahh. 

---------------------------------------------------------------------

Soalan kelima. Siapa pernah dengar lagu ni? Ke aku sorang yang tak pernah dengar? Hahahh. 




Siapa yang nak tahu lagu ni pasal apa, sila lah ke blog beliau yaa. I first time dengar. Kahkahh. Masehh tuan blog sbb perkenalkan lagu ni.


Hahahh. Beliau kata nak nyanyi kat AJL29 tapi tak dapat. Takpe moga-moga tahun depan atau tahun tahun depan lagi termakbul hajat tuu. Gua tak sabar nak tunggu AJL akan datang kalau Tetamu89 ni yang nyanyi. Hooohohh.

Lagu tiga kupang? Hahahh. nostalgiaaaa sungguh. Gua play kejap dengar. Lahaiii rindunyaa zaman kecik-kecik dulu. Kecik-kecik aku ni rajin bangun awal tauuu. Sbb gua suka main pondok-pondok kat rumah jiran sebelah. Lepas tuu main masak-masak pakai daun pokok rambutan. Siap ada cerek tau aku main masak-masak. Hahahhh. Terima kasih laaa tuju lagu ni. Terhibur jugak jiwa raga.


So. Itu jawapan yang beliau bagi untuk segmen saya yg tak seberapa ni. Jom pergi blog diaa! Tekan SINI. Thanksss a lot sbb sudi join segmen saya. Terharu ada jugak org sudi join. Hihihh. Terima kasihhhh !

Kalau tak join lagi, jom laaa join segmen ni! Mana tahu kita ada minat lagu yg sama kaahh. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut pasal segmen tu boleh klik SINI.

Selamat Malam!














1 comment:

  1. Wahhhhh .. terharunya dapat di review macam neh, tak disangka2..hahaha, makasih2 .. ada lagi dak segmen yang boleh disertai ..haha

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.