Friday, 20 April 2018

SEGMEN AMINKAN DOA SAHABAT

15:07:00 0 Comments

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Tertarik dengan nama segmen ni, iaitu segmen aminkan doa sahabat. Bagus owner blog sebab anjurkan segmen begini. Semoga kita sama-sama diperkenankan doa dan segala yang dihajati.

Doa dan impian aku banyak. Tapi apa yang aku betul-betul hajati sekarang adalah semoga Allah permudahkan dan lindungi perkahwinan aku. Siapa yang 'kawan''dengan aku di IG mungkin tau lah yang aku sudah pun mendirikan rumahtangga Februari lepas. Namun begitu, aku dan suami diuji dengan jarak yang mana aku kini bekerja di Putrajaya dan dia di negeri yang lain. Kalau nak pergi tempat dia lebih kurang 5 ke 6 jam jugak lah nak sampai. Masa bercinta tak rasa pun jarak ni sebagai ujian. Dah kahwin, Ya Allah, berbeza betul. Doakan segala urusan aku dipermudahkan ya? Aku ada juga minta ditukarkan penempatan namun begitu besar kemungkinan permohonan kami tidak dipandang atau diluluskan memandangkan kami masing-masing bekerja di tempat yang memang nak pakai orang. Takpe. Yang penting kita dah usaha. Aku memang redha je. Yelah, ada rezeki, ada lah. Kalau belum lagi, mungkin Allah tangguh kan dulu sebab sesungguhnya perancangan dia lebih baik.

Doakan aku ya?

Semoga rumahtangga aku dilindungi dan segala urusan kami suami isteri dipermudahkan. Siapa yang suami isteri pjj haaa dia tau lah apa iols rasa. Hehee

Aku doakan juga segala yang kalian hajatkan tercapai. Aminnnn..